Selamat Datang

Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Kecil Menumbok

Pengenalan

Pejabat ini dahulu pada tahun 1880 dikenali sebagai Pejabat Daerah Mempakul (North Borneo British) yang mana di tadbir oleh seorang Pegawai Daerah dan beberapa kakitangan.

Homepage

Pada zaman pemerintahan North Borneo British fungsi pejabat ketika itu ialah pengurusan pelabuhan kastam, telegraph dan urusan eksport barang-barang dagangan ke Labuan, Singapura dan Jesellton. Kawasan pentadbiran pada masa itu meliputi Sipitang, Kuala Penyu, Padas Damit, Kota Klias dan Weston. Aktiviti ekonomi pada masa itu ialah Sago. Tarikh 1 Jun 1977 Pejabat Daerah Kecil Menumbok telah diwujudkan. Sila klik pautan untuk info selanjutnya :-
British North Borneo : an account of its history, resources, and native tribes
Daerah Kecil Menumbok mempunyai keluasan 74 batu persegi terletak di Barat Daya Negeri Sabah iaitu di bahagian Pedalaman dalam daerah Kuala Penyu. Daerah Kecil Menumbok boleh di hubungi melalui jalan utama darat dan laut. Jarak daripada Kota Kinabalu lebih kurang 145 KM dan daripada Kuala penyu 38 KM jarak daripada W.P.Labuan lebih kurang 8 KM melalui jalan laut.

Kawasan Pentadbiran

Homepage
Menumbok adalah dalam kawasan DUN N.26 Kuala Penyu dan Parlimen P.177 Beaufort Kawasan pentadbiran Pejabat Daerah Kecil Menumbok pada hari ini bermula mula dari Kampung Mempakul sehingga Kampung Kelampun yang mana terdiri daripadai 3 Mukim dan 21 Kampung

Suku Kaum

  • 35%
    Bisaya
  • 34%
    Brunei
  • 10%
    kedayan
  • 10%
    bajau
  • 10%
    dusun
  • 1%
    lain lain

Jabatan Kerajaan

1. Pejabat Daerah
2. Jabatan Kebajikan
3. JHEAINS
4. Jabatan Pelabuhan dan Dermaga
5. Jabatan Pertanian
6. Majlis Daerah Kuala Penyu
7. Jabatan Kastam Diraja Malaysia
8. Angkatan Pertahanan Awam
9. Pusat Internet SKMM
10.Stesen Kelapa Menumbok

Aktiviti Ekonomi

Aktiviti ekonomi di daerah kecil Menumbok adalah bercorak perikanan dan sebilangan penduduk yang berada dan tinggal berhampiran sungai klias dan pesisir pantai bekerja sebagai nelayan. Di kawasan pekan Menumbok kebanyakan perniagaan bercorak runcit dan gerai-gerai makan. Terdapat juga perniagaan-perniagaan lain seperti mengusahakan bot-bot laju untuk perkhidmatan ke Pulau Labuan, Perkhidmatan Pengangkutan Feri ke Labuan dan Negara Brunei juga turut meningkatkan sumber ekonomi di kawasan sekitar daerah kecil Menumbok Diikuti perusahaan seperti bas ekspress, bas mini, kereta sewa di kawasan terminal Menumbok yang dapat menghubungkan pengguna sekitarnya ke daerah-daerah lain. Minoriti penduduk mengusahakan tanah sendiri seperti tanaman kelapa sawit dan getah.

Profil Jabatan

Sebagai pejabat utama di daerah ini bertanggungjawab kepada dasar kerajaan atas semua perkara yang berkait dengan pembangunan luar bandar, pembasmian kemiskinan, pentadbiran daerah dan pembangunan masyarakat setempat

OBJEKTIF

1. Mentadbir Daerah Kecil Menumbok
2.Perancang dan penguursan infrastrukur daerah
3.Menyelia dan menguatkuasa aktiviti lesen niaga
4.Melaksana program pembangunan ekomoni, masyarakat, dan pembasmian kemiskinan
5.Pengurusan Istiadat dan protokol daerah

VISI

Menjadi sebuah pejabat daerah yang berkualiti dari segi pentadbiran dan pengurusan kelas pertama

MISI

Membawa perubahan dalam bidang pengurusan pentadbiran, pengurusan pembangunan prasarana dan pengurusan masyarakat untuk menjadi kan masyarakat lebih produktif, inovatif setanding negara lain.

Piagam Pelanggan

 

  • 90%
    Pengurusan dan Pelaksanaan Projek
  • 85%
    Lesen Niaga
  • 70%
    Pembasmian Kemiskinan
  • 95%
    Pentadbiran Pejabat
  • 75%
    Acara Rasmi Daerah
  • 90%
    Istiadat dan Protokol

 

Galeri AKTIVITI / GAMBAR

Pejabat Daerah Kecil Menumbok

Sambutan Hari Kebangsaan

Peringkat Daerah Kecil Menumbok Tahun 2018

Hari Kebangsaan

Peringkat Daerah Kecil Menumbok

.

MENUMBOK PHOTO SHARING

Credited : Ak Firdaus Photo

direktori kakitangan

"Under Construction"

perhubungan

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi nombor dibawah

Pejabat Daerah Kecil Menumbok
Peti Surat 05, 89767 Menumbok, Sabah. 

No Telefon : 087-831104 / 105 / 216 / 455
No Faks : 087 - 831071