| LAMAN UTAMA | DIREKTORI TELEFON | ALAMAT | MAKLUM BALAS|   
>MENU UTAMA<  

SENARAI KESELURUHAN PIAGAM PELANGGAN PEJABAT DAERAH KECIL TAMPARULI

KAMI BERJANJI UNTUK MEMBERIKAN LAYANAN DAN PERKHIDMATAN YANG SEMPURNA DAN MESRA KEPADA SEMUA PELANGGAN YANG BERURUSAN DENGAN KAMI SEPERTI BERIKUT:

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PERLESENAN

  1. MEMBERI PERKHIDMATAN UNTUK MENDAFTAR SURAT/DOKUMEN, MENERIMA DUTI SETEM DAN MEMBATAL DUTI SETEM KEPADA SURAT-SURAT PERJANJIAN. SURAT AKUAN DAN LAIN-LAIN DOKUMEN YANG MEMERLUKAN PERSURUHJAYA SUMPAH DALAM MASA SATU ATAU DUA HARI JIKA SURAT CARA/DOKUMEN BERKENAAN LENGKAP DAN TERATUR MENGIKUT PERATURAN-PERATURAN DAN PERUNTUKAN YANG DIGARISKAN DIBAWAH AKTA 378 DALAM AKTA SETEM 1949.
  2. MEMBERI PERKHIDAMATAN UNTUK MEMPROSES PENGELUARAN LESEN PERNIAGAAN YANG DISYORKAN BOLEH DIKELUARKAN OLEH PEJABAT INI OLEH MAJLIS DAERAH TUARAN, TERTAKLUK KEPADA PERMOHONAN ITU MEMENUHI SYARAT DIBAWAH ORDINAN PERLESENAN PERDAGANGAN 16/1948 DALAM MASA SATU HINGGA TIGA HARI.
  3. MEMBERI PERKHIDMATAN UNTUK MEMPROSES TUNTUTAN/PEMBAYARAN BALIK BIL/INVOIS TUNTUTAN DALAM JANGKA MASA 1 HINGGA 2 MINGGU DARI TARIKH IANYA DITERIMA DAN TERTAKLUK KEPADA PERATURAN-PERATURAN KEWANGAN DAN ARAHAN PERBENDAHARAAN DIPATUHI.
  4. MEMBERI PERKHIDMATAN UNTUK MELAYANI SEGALA RUNGUTAN/ADUAN/MASALAH PELANGGAN KAMI SEJAUH MANA IA ADA BERKAITAN DENGAN PENUH KEMESRAAN DAN KEIKHLASAN.
  5. MEMBERI PERTIMBANGAN YANG ADIL DAN SAKSAMA KEPADA SEMUA TAWARAN/SEBUTHARGA YANG DIBUKA DI PEJABAT INI DAN AKAN MEMBERITAHU/MEMAKLUMKAN KEPUTUSAN KEPADA PENAWAR-PENAWAR DALAM MASA 1 HINGGA 2 MINGGU SELEPAS KEPUTUSAN DITERIMA.

< 1 | 2 >

  >PAUTAN PILIHAN <
>BERITA ONLINE <
>INTRANET<
>INFO SEMASA <
 
>PENGUNJUNG<
free html visitor counters
Maklumbalas mengenai laman ini? Sila email kepada webmaster@sabah.gov.my. Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara ©PDK Tamparuli 2010. Kemaskini terakhir 27/12/2013
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.