SOALAN LAZIM
Soalan 1 Apakah tujuan pelaksanaan Program Transformasi Minda?
Jawapan Merujuk kepada Perenggan 2 PPNS 7/2013 - yang bertujuan menjelaskan mengenai pelaksanaan Program Transformasi Minda (PTM) sebagai satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.
Soalan 2 Siapakah Pegawai yang disyaratkan perlu mengikuti PTM?
Jawapan

Pegawai tersebut adalah:

  1. Pegawai lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap dalam perkhidmatan  Awam;
  2. Pegawai dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi – Modul Umum; dan
  3. Pegawai atau kakitangan badan-badan berkanun Kerajaan Negeri Sabah yang berjawatan sementara.
Soalan 3 Apakah Objektif pelaksanaan PTM?
Jawapan Berikut adalah objektif pelaksanaan PTM:
  1. Memberikan pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam;
  2. Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam;
  3. Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan
  4. Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju.
Soalan 4 Siapakah Pegawai yang boleh diberi Pengecualian Menghadiri PTM?
Jawapan Pegawai yang sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM dengan syarat :
  1. Hadir dengan jaya PTM; atau
  2. Hadir dengan jaya Kursus Induksi – Modul Umum; atau
  3. Lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu.
Soalan 5 Apakah kerangka Kurikulum dalam Pelaksanaan PTM:
Jawapan Kerangka Kurikulum PTMini terbahagi kepada tiga (3) segmen utama, iaitu:
  1. Segmen I       : Negara dan Perkhidmatan Awam;
  2. Segmen II      : Tanggungjawab dan Peranan Pegawai; dan
  3. Segmen III     : Budaya Kerja Kelas Pertama.
Soalan 6 Bagaimanakah PTM dilaksanakan?
Jawapan Pelaksanaan PTM adalah selama lima (5) hari dan dilaksanakan oleh Pusat Pembangunan Pengurusan, Institut Latihan Sektor Awam negeri (INSAN) Jabatan Ketua Menteri. Pelaksanaan PTM ini boleh dibuat tanpa mengira kumpulan perkhidmatan/gred jawatan atau dibuat secara berasingan mengikut kesesuaian Kementerian/Jabatan/Agensi yang berkenaan.

PTM dilaksanakan
melalui pelbagai kaedah seperti latihan dalam kumpulan (LDK), sesi interaktif, perbincangan kumpulan, perbincangan kes, kuiz, e-Pembelajaran, ujian psikometrik atau kaedah lain yang bersesuaian yang dipersetujui oleh Panel Pengurusan PTM INSAN.

Penilaian PTM
dibuat secara penilaian sepanjang program berdasarkan kepada aktiviti dan kriteria penilaian yang ditetapkan.
Lokasi program akan diadakan di Kampus Pembangunan Kepimpinan INSAN, Jalan Taurid, Keningau, Sabah
.
Soalan 7 Bagaimanakah jika Pegawai yang terlibat tidak melengkapkan PTM?
Jawapan Panel Pengurusan PTM boleh membenarkan pegawai mengulang semula mana-mana segmen sekiranya pegawai tersebut tidak melengkapkan PTM atas sebab-sebab berikut :-
  1. Disahkan tidak sihat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar;
  2. Terpaksa meninggalkan program untuk menjaga keluarga terdekatnya yang sakit;
  3. Terpaksa meninggalkan program untuk menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes di mahkamah;
  4. Melahirkan anak dalam tempoh program;
  5. Keluarga terdekat meninggal dunia; atau
  6. Keadaan kecemasan lain yang difikirkan munasabah dan dibenarkan oleh Ketua Urus Setia yang melaksanakan PTM. 
Pegawai yang tidak melengkapkan PTM hendaklah mengulang semula segmen yang belum dilengkapkan. Pegawai hendaklah mengemukakan permohonan kepada urus setia bagi tujuan mengulang semula segmen berkenaan.
Soalan 8 Apa yang berlaku ke atas Pegawai yang Gagal PTM?
Jawapan Pegawai yang gagal PTM disebabkan masalah disiplin dan komitmen tidak dibenarkan mengulang semula PTM dan boleh ditamatkan perkhidmatan.
Soalan 9 Bagaimana Cara / Kaedah Penawaran Peserta PTM Dilakukan?
Jawapan Pihak INSAN akan mengeluarkan penawaran penyertaan berdasarkan tarikh lantikan pegawai yang berkenaan seperti mana yang tercatat dalam borang penyertaan yang dikemukakan.
Soalan 10 Apakah syarat kelayakan untuk menghadiri Program Transformasi Minda?
Jawapan Pegawai adalah berkelayakan seperti berikut :
  1. Berjawatan tetap/Percubaan
  2. Sekurang-kurangnya 6 bulan dalam perkhidmatan (tertakluk kepada tawaran oleh pihak urusetia)
  3. Jawatan Sementara bagi pegawai/kakitangan Badan-badan Berkanun Kerajaan Negeri Sabah
  4. Disokong oleh Ketua jabatan
Soalan 11 Bagaimana Peserta Kursus Boleh Mengetahui Maklumat Tarikh-Tarikh program diadakan?
Jawapan Pihak INSAN akan mengiklankan program berkenaan di halaman rasmi web INSAN diawal bulan Januari setiap tahun.
Soalan 12 Apakah Keperluan Asas Dan Bahan Rujukan yang perlu dibawa semasa berkursus?
Jawapan

Maklumat akan dilampirkan bersama dengan surat jemputan. Peserta perlu membawa pakaian rasmi dan baju T-shirt Berkolar untuk aktiviti pada waktu malam. Membawa buku Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah sebagai rujukan dan peserta juga digalakan membawa laptop jika ada.

Soalan 13   Perlukah seorang pegawai yang dinaikan pangkat mengikuti PTM?
Tidak perlu kerana PTM hanya wajib dihadiri sekali sahaja sepanjang perkhidmatan.
     
     


Hakcipta Terpelihara © 2011 Institut Latihan Sektor Awam Negeri
Rekabentuk Grafik & Dikemaskini : RJ webmaster