UCAPAN PENGARAH


Pengarah INSAN
Sa'adilah Hj. Abdillah


Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia ,


Terima kasih atas kunjungan anda ke halaman web rasmi INSAN.

INSAN menyediakan program latihan, pembelajaran dan pembangunan untuk melengkapi pegawai-pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri dengan kompetensi yang relevan agar mereka boleh melaksanakan rancangan, program dan projek pembangunan serta menyampaikan perkhidmatan Kerajaan dengan cekap, berkesan dan memuaskan.

Program Pembelajaran dan Pembangunan berkenaan adalah berkaitan dengan :

1). Pembangunan Kepimpinan di bawah Program Kepimpinan Perkhidmatan AwamNegeri Sabah;
2). Program Transformasi Minda (PTM);
3). Teknologi Maklumat dan Perhubungan (ICT); dan
4). Kursus-kursus yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan yang digunapakai oleh Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

INSAN juga mengadakan program-program ilmu yang mendasari keperluan transformasi pembangunan kerajaan melalui usaha kerajasama agensi pihak swasta, institut pengajian tinggi dan juga badan-badan NGO dalam program berbentuk seminar, forum dan bengkel.

INSAN akan terus komitmen untuk membangunkan penjawat perkhidmatan awam di Negeri Sabah ke arah
modal insan berprestasi tinggi selaras dengan dasar transformasi kerjaan dalam meningkatkan sistem penyampaian yang lebih efektif, kreatif dan inovatif melalui program latihan yang dirancang setiap tahun.

Semoga laman web INSAN ini dapat memberi maklumat dan perkhidmatan kepada anda. Kami amat mengalu-alukan maklumbalas yang positif agar laman ini dapat diperbaikai dan kemaskini dari masa kesemasa.

Sekian, Salam Hormat, Selamat Tahun Baru 2016





Pengarah INSAN
Hakcipta Terpelihara © 2011 Institut Latihan Sektor Awam Negeri
Rekabentuk Grafik & Dikemaskini : RJ webmaster