Saiz text :
RASIONAL LOGO

Logo ini dibentuk berdasarkan kepada peranan jabatan sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam mengendalikan dan menyediakan hal-hal kebajikan masyarakat.

Simbol dua tangan memberi dan menerima adalah lambang sikap keprihatinan dan juga lambang peranan JPKA terhadap kebajikan masyarakat.

Dua anak panah dalam aliran ikut jam (Bulatan) membawa makna tanggungjawab yang sentiasa dilaksanakan dalam memberi layanan kepada pelanggan dari masa ke masa

BIRU Lambang Perpaduan
HIJAU Lambang Ke Arah Kesempurnaan
KUNING EMAS Lambang Sikap Murni dan Prihatin
PUTIH Lambang Keikhlasan
KELABU Lambang Keteguhan