Saiz text :

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekataan berasaskan hak atau  rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan  dan kesejahteraan OKU. Agensi yang terlibat dalam pendaftaran OKU adalah jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran OKU adalah atas dasar sukarela dan hanya untuk warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah sahaja.

Objektif

  • Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di Negara ini bagi maksud merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan.
  • Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
  • Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian/ketidakupayaan mereka.

 

Syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia

Dokumen Yang Diperlukan

  1. 1 salinan Sijil Lahir atau Kad Pengenalan Pemohon ( perlu disahkan oleh Pegawai Pendaftaran Negara)
  2. 1 salinan MyKad Ibu / Bapa pemohon ( perlu disahkan oleh Pegawai Pendaftaran Negara)
  3. Borang Pendaftaran Kanak-Kanak Kurang Upaya (0-18 Tahun BPKKKU (Pindaan 1/2009) yang telah lengkap di isi. Borang ini diberi percuma
  4. Borang Pendaftaran Orang Kurang Upaya (18 Tahun ke atas) BPOKU (Pindaan 1/2009) yang telah lengkap di isi. Borang ini diberi percuma.
  5. Siasatan dan tindakan lanjut dilakukan oleh Pegawai Kebajikan Bahagian/Daerah yang berkenaan.

Cara Memohon

  1. Permohonan hendaklah dibuat di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah Bahagian/Daerah yang berdekatan.
  2. Permohonan secara online.

Keistimewaan Kepada OKU Yang Telah Berdaftar

  • Pengecualian Bayaran rawatan perubatan di hospital kerjaan termasuk bayaran khidmat pakar, ubat-ubatan dan kemasukan ke wad kelas 3.
  • Potongan 50% tambang penerbangan (Domistik) Sistem Penerbangan Malaysia bagi OKU dan 25% bagi pengiring.
  • Pengecualian bayaran dokumen [Paspot Antarabangsa] perjalanan ke luar Negara (Jabatan Imigresen Malaysia).
  • Peluang mengikuti latihan dan pemulihan yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
  • Peluang untuk mendapatkan pendidikan dengan Elaun RM150.00 sebulan bagi pelajar OKU di sekolah rendah atau menengah.
  • Pengecualian bayaran Pendaftaran Pelajar Pekak bagi Latihan Kemahiran Kementerian Pelajaran. Elaun RM300.00 sebulan bagi IPT, 75% potongan yuran pengajian di Open Universiti Malaysai.
  • Pencen terbitan kepada anak / tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.
  • Peluang pekerjaan di sektor swasta yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Kerja.
  • Pencen terbitan dan Waktu Bekerja Anjal yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Awam.
  • Pakej penyayang  Syarikat Telekom Malaysia yang memberi pengecualian bayaran sewa telefon bulanan, pakej panggilan (Operator) percuma, panggilan pindaan menunggu / dail  semula dan pakej khas internet.
  • Pelepasan Cukai Pendapatan untuk Ibu / Bapa / Penjaga yang bekerja.
  • Pengecualian Cukai Jalan bagi kenderaan yang dimiliki oleh OKU (Jabatan Pengangkutan Jalan)
  • Pengecualian 50% Duti Eksais Kenderaan Nasional (Jabatan Kastam Malaysia)
  • Pengecualian bayaran untuk mendapatkan Kad Pengenalan (Jabatan Pendaftaran Negara)

Contoh Kad OKU Baru Bermutu Tinggi

Mula digunakan pada 1 Ogos 2011