Saiz text :
Definisi TASKA

Mana-mana premis di mana empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah.

Jenis - Jenis TASKA

1.Taska Di Rumah

Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk KURANG daripada sepuluh (10) orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan.

2.Taska Di Institusi

Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh (10) orang kanak-kanak atau lebih.

3.Taska Di Tempat Kerja

Suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh (10)orang atau lebih.

4.Taska Komuniti

Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh (10) orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri.

Pendaftaran TASKA

Pemohon perlu mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah Bahagian/Daerah yang berkenaan dan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu:

  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Pendaftar Pertubuhan
    • Nama sesebuah taman hendaklah menggunakan perkataan "TASKA" pada permulaan nama dan diikuti dengan nama yang dicadangkan dalam Bahasa Malaysia
  • Mengisi Borang II Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Seksyen 7)
    • Borang II boleh didapati di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah Bahagian/Daerah berhampiran dengan harga RM10.00 (Permohonan Baru) dan RM4.00 (Permohonan Semula).
    • Sila dapatkan khidmat nasihat dari Pegawai Diberikuasa TASKA untuk mengisi borang ini.
  • Kelulusan dari 3 agensi teknikal
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Jabatan Bomba dan Penyelamat
    • Jabatan Kesihatan
      (Sila dapatkan surat sokongan daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah Bahagian/Daerah jika berkenaan)
  • Pelan Lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter (setiap ruang) beserta pengiraannnya.
    (ruang berkenaan tidak dikira iaitu jalan lalu, bilik stor, dapur, pejabat, tandas atau bilik kakitangan)
  • Jadual aktiviti harian
  • Jadual menu
  • Senarai aktiviti bersama ibubapa
  • Wang Pos/ cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia (RM50.00)
    (Sila pastikan wang pos diberi apabila mendapat pengesahan daripada Pegawai Diberikuasa TASKA bahawa permohonan telah lengkap

Kursus Asas Asuhan Kanak - Kanak

Permohonan Kursus

Semua permohonan menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak hendaklah menghubungi agensi-agensi yang telah diiktiraf menjalankan Kursus Asas Asuhan kanak-kanak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM)/Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah untuk keterangan lanjut.

Senarai agensi yang diiktiraf untuk menjalankan kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak oleh jabatan ini ialah :-