Saiz text :

Pengenalan

Konsep Program Pembangunan Sosial menumpukan faktor komuniti sebagai satu unit masyarakat dengan potensi Tenaga Manusia Secara Bersama ( collective ) yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan anggota komuniti dari segi sosial, ekonomi, fizikal, kerohanian dan keselamatan

Matlamat ini dapat diusahakan dengan PROGRAM JAYA DIRI oleh anggota masyarakat dengan seboleh-bolehnya menggunakan sumber masyarakat seperti:

  1. Tenaga Manusia
  2. Kebendaan, dan
  3. Kemudahan yang terdapat dalam komuniti itu sendiri

Definisi

Bantuan kewangan kepada individu, keluarga dan komuniti dalam bentuk material untuk membantu mereka mengendalikan masalah sosio-ekonomi yang dialami

Objektif

  • Membentuk satu modal jentera Pengurusan Kemajuan diperingkat bawah (grassroot) untuk meneroka aktiviti baru (Inovative Activities)
  • Memberi peluang kepada ahli-ahli masyarakat melibatkan diri dalam Pengurusan Kemajuan Kampung
  • Melibatkan kaum wanita dalam urusan kemajuan kampung
  • Mengubah sikap, pemikiran serta menambah pengetahuan anggota masyarakat bagi mempertingkatkan kualiti hidup mereka
  • Mewujudkan semangat gotong-royong dan jaya diri
  • Mewujudkan kesejahteraan, ketenteraman dan keharmonian penduduk
  • Mewujudkan masyarakat yang berjiwa kebajikan

Kumpulan Sasar

  • Menghadapi masalah kehidupan seharian (makanan, pakaian dan tempat berlindung)
  • Orang tua
  • balu
  • OKU
  • janda

 

Cara Memohon

Rujuk ke Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah Bahagian/Daerah yang berdekatan.

Jenis Projek

 

1. Projek Komuniti
  • Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPKK)
    • Senarai PPKK
2. Projek Individu
  • Projek mendatangkan pendapatan
  • Projek Pembaikpulih Rumah