Saiz text :

Kompleks ini mempunyai 2 fungsi iaitu sebagai :-

1 )Pusat Khidmat Kanak-Kanak Kurang Upaya


Pusat Khidmat ini menyediakan latihan khasnya kepada kanak-kanak kurang upaya kecuali kanak-kanak kurang upaya penglihatan.

Perkhidmatan yang disediakan:-

  • Khidmat penjagaan
  • Latihan sosial
  • Latihan kebersihan diri
  • Latihan kerja-kerja asas di rumah
  • Asas akademik

Syarat kelayakan masuk

  • Warganegara Malaysia
  • Telah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
  • Kecacatan perlu disahkan oleh Pakar Perubatan Kerajaan
  • Berumur 7 hingga 14 tahun
  • Tidak mengidap penyakit berjangkit
  • Berpotensi untuk dilatih
  • Adanya kekosongan tempat

Setiap kanak-kanak yang diluluskan dan diterima masuk akan menjalani tempoh percubaan dalam semua bidang latihan, pelajaran dan social selama 3 bulan. Kanak-kanak yang tidak boleh menyesuaikan diri, tidak boleh dilatih atau tidak berminat dengan kehidupan dalan insttusi akan dikembalikan ke pangkuan keluarga.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Sijil Lahir pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan ibu bapa pemohon
  • Salinan Kad Kenal Diri OKU pemohon
  • Borang permohonan JPKA/BPOKU 2 yang telah lengkap diisi. Sila klik sini untuk muat turun borang.

Cara Memohon

  • Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Bahagian/Daerah yang berdekatan
  • Kemukakan dokumen yang diperlukan
  • Siasatan dan proses selanjutnya dikendalikan oleh Pegawai Kebajikan yang berkenaan


2 ) Pusat Latihan Vokasional Bagi Orang Kurang Upaya 


Pusat ini menyediakan latihan vokasional kepada orang kurang upaya dewasa kecuali orang kurang upaya penglihatan.

Syarat kelayakan masuk

  • Warganegara Malaysia
  • Telah Berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
  • Kecacatan perlu disahkan oleh Pakar Perubatan Kerajaan
  • Tidak mengidap penyakit berjangkit
  • Berumur 14 hingga 35 tahun
  • Masih Bujang
  • Adanya kekosongan tempat

Latihan-latihan yang disediakan

  • Pertukangan Kayu
  • Pertukangan Perabot Rotan
  • Latihan Jahitan
  • Latihan Asas Komputer
  • Latihan Pendawaian Elektrik

Dokumen yang diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan ibu bapa
  • Salinan Kad OKU
  • Borang Permohonan JPKA/BPOKU 1 yang lengkap diisi

Cara-cara memohon

  • Permohonan boleh dibuat dimana-mana Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Bahagian/Daerah yang berdekatan
  • Kemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  • Siasatan dan proses selanjutnya dikendalikan oleh Pegawai Kebajikan berkenaan .

Lembaga Pelawat 

Lembaga pelawat telah ditubuhkan di setiap institusi OKU untuk membantu jabatan ini dalam merancang aktiviti sosial dalam dan luar institusi.