-A A +A

Fungsi Bahagian

Belia

  • Melengkapkan belia dengan pelbagai latihan, kemahiran vokasional, 'soft skills', serta sifat-sifat keusahawanan agar mereka  boleh berdikari melalui kursus secara formal dan 'ad-hoc
  • Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik, berdaya saing, maju  serta mempunyai sikap dan kepimpinan yang baik melalui pelbagai program yang diadakan di peringkat daerah, zon, negeri, kebangsaan dan antarabangsa

Untuk pengetahuan lanjut sila emel kepada : dgmassafiah.agmahali@sabah.gov.my

 

Sukan

  • Memperluaskan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan selaras dengan konsep " sukan untuk  semua" dan Dasar Sukan Negara untuk mewujudkan masyarakat sihat, cergas dan bersatupadu
  • Bertanggungjawab untuk menggalak, membangun dan meningkatkan pencapaian cemerlang dan sukan yang pertandingkan di  peringkat tertinggi untuk menaikkan imej negeri dan negara.

Untuk pengetahuan lanjut, sila emel kepada : Razali.MohdZinin@sabah.gov.my

 

Pentadbiran

  • Pengurusan pentadbiran, pembangunan organisasi dan sumber manusia 
  • Pengurusan Kewangan 
  • Mengendali, mengelola dan mengenalpasti keperluan latihan, kursus, ceramah, seminar dan bengkel untuk pegawai dan kakitangan Kementerian dalam usaha untuk memperkayakan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang yang berkaitan.
  • Memelihara, menyelenggara dan mengemaskini perpustakaan, laman web, bahan cetak, gambar, kertas kerja, rencana dan laporan tahunan serta menyebar maklumat kepada pegawai dan kakitangan dan orang awam melalui pameran, media elektronik dan cetak serta risalah

Untuk pengetahuan lanjut sila emel kepada : Nelding.Gimbang@sabah.gov.my

 

Pembangunan

  • Mengkaji, merancang, merumus dan memperakukan halatuju pembangunan prasarana belia dan kemudahan sukan selaras  dengan Rancangan Lima Tahun Malaysia dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Sabah bagi memastikan pembangunan yang seimbang antara bahagian dan daerah.
  • Merancang, memastikan dan memantau keperluan kewangan tahunan untuk maksud pembinaan dan penyelenggaraan  kemudahan dan prasarana tersedia agar perlaksanaan projek siap mengikut jadual dan berkualiti.

Untuk pengetahuan lanjut sila emel kepada : Charles.Dabbi@sabah.gov.my

2017-09-20 12:35

Sebarang maklum balas berkenaan laman ini boleh diemelkan kepada webmaster atau isikan borang maklum balas.

Hakcipta terpelihara © Kementerian Belia Dan Sukan Sabah