IKLAN JAWATAN KOSONG


KORPORASI PEMBANGUNAN DESA
(Rural Development Corporation)

Bil. Kami : KPD500-9.2Klt.2

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong tersebut di bawah di dalam perkhidmatan Korporasi Pembangunan Desa.

1. (a) Jawatan               :       Pembantu Teknik
                                            [ 1 kekosongan ]

   (b) Tempat                 :       Kota Kinabalu

   (c) Badan Berkanun      :       Korporasi Pembangunan Desa

   (d) Kumpulan               :       Sokongan
        Perkhidmatan

   (e) Klasifikasi               :      Perkhidmatan Kejuruteraan

2. Jadual Gaji         :      Gred J29      :       P1T1 RM1239.52 - P1T27 RM2437.42

                                                               P2T1 RM1296.39 - P2T27 RM2593.51

                                                               P3T1 RM1355.68 - P3T27 RM2744.76

3. Taraf Jawatan             :      Tetap

4. Syarat Lantikan           :     

    i. Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

         (a)    berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

         (b)   diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina atau ukur bahan yang
                diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
                tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

                 (Gaji permulaan ialah pada Gred J29 : P1T2 )

         (c)    lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
                 peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf   
                 dengannya oleh Kerajaan.

         (d)   keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang memiliki kelayakan
                diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal dari institusi-institusi
                pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.

5. Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan          :    

         Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Teknik adalah
         tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang
         berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa
         ke semasa.
   

6. Fungsi Bidang Tugas     :     

         Bertanggungjawab sepenuhnya dalam bidang tugas kejuruteraan mekanikal,
         penyediaan rekabentuk dan perancangan dalam sesuatu pembinaan/
         pembaikan, menjalankan kajian fesibiliti, menilai dan menganggar kos
         pembinaan/pembaikan,penyediaan 'BQ' dan 'tender document' dan
         menyediakan laporan.

7. Tarikh Tutup : 16 Mei 2011

Permohonan

Calon-calon yang berminat boleh mengajukan permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Kerja KP D [DS(HRD)-11 V.2(2010)] berserta dengan resume kepada :-
 

Pengurus Besar
Korporasi Pembangunan Desa
(Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat)
Beg Berkunci 86
88998 Kota Kinabalu
Sabah

Hanya calon-calon yang disenaraipendekkan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Bagi calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan adalah dianggap tidak berjaya.