IKLAN JAWATAN KOSONG


KORPORASI PEMBANGUNAN DESA
(Rural Development Corporation)

Bil. Kami : KPD500-9.2Klt.2

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong tersebut di bawah di dalam perkhidmatan Korporasi Pembangunan Desa sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

1. (a) Jawatan               :       Operator Loji, Gred 2 [Boilerman, Grade 2]
                                            [ 1 kekosongan ]

   (b) Tempat                 :       Kilang Cendawan, Mesilau

   (c) Badan Berkanun      :       Korporasi Pembangunan Desa

   (d) Kumpulan               :       Sokongan
        Perkhidmatan

   (e) Klasifikasi               :      Perkhidmatan Mahir / Separuh Mahir / Tidak Mahir

2. Jadual Gaji         :      Gred R3    :      P1T1 RM701.42 - P1T17 RM1354.86
                                                           P2T1 RM743.89 - P2T17 RM1423.41
                                                           P3T1 RM787.89 - P3T17 RM1493.59

                                    Gred R8    :      P1T1 RM1080.39 - P1T17 RM1480.63
                                                           P2T1 RM1166.96 - P2T17 RM1612.88

3. Taraf Jawatan             :      Tetap

4. Syarat Lantikan           :     

    i. Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

         (a)   warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah;

         (b)   berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

         (c)   lulus Penilaian Sijil Rendah Pelajaran atau tamat Tingkatan 3;

         (d)   sekurang-kurangnya memiliki Sijil Kecekapan Pemandu Enjin
                Pembakaran (I.C) Gred II atau Sijil Kecekapan Pemandu Enjin
                Stim/Dandang Gred II mengikut mana yang berkenaan yang
                dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; dan

         (e)   berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia
                dengan baik.

5. Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan          :    

         Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan (dinyatakan seperti
         di 1(a) di atas) adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan
         berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat
         ke atasnya dari masa ke semasa.
   

6. Fungsi Bidang Tugas     :     

        (i) Bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi boiler.
        (ii) Bertanggungjawab terhadap trouble shooting boiler.
        (iii) Bertanggungjawab terhadap kerja-kerja penyelengaraan menyeluruh
               (overhaul) boiler sebelum pemeriksaan tahunan oleh JKKP.
        (iv) Menyelenggara alat-alat keselamatan seperti safety valve, pressure
              gauge, water gauge, blowdown valve dan peralatan lain supaya
              peralatan berfungsi semasa kecemasan.
        (v) Bertanggungjawab terhadap boiler log book dan memastikan senarai
             semak dikemaskini mengikut jadual.

7. Tarikh Tutup : 16 Mei 2011

Permohonan

Calon-calon yang berminat boleh mengajukan permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Kerja KPD [DS(HRD)-11 V.2(2010)] berserta dengan resume kepada :-
 

Pengurus Besar
Korporasi Pembangunan Desa
(Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat)
Beg Berkunci 86
88998 Kota Kinabalu
Sabah

Hanya calon-calon yang disenaraipendekkan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Bagi calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan adalah dianggap tidak berjaya.