Muka Depan
Pengenalan
Projek
Program
Perkhidmatan
Pencapaian
Piagam Pelanggan
Berita & Artikel
Arkib
Aplikasi
Direktori
Soal Jawab
Buku Pelawat
Pautan

BERITA & ARTIKEL
 

09 APRIL 2010

TAKLIMAT BURUNG WALIT OLEH Y.BHG. DR. LAURENTIUS AMBU, PENGARAH JABATAN HIDUPAN LIAR NEGERI SABAH DI BILIK MESYUARAT IBU PEJABAT KPD, ARAS 2, WISMA PERTANIAN SABAH, KOTA KINABALU


Y.Bhg. Datu Basrun Haji Datu Mansor, Pengurus Besar KPD (tengah, kiri) dan Y.Bhg. Dr. Laurentius Ambu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah (tengah, kiri) semasa sesi taklimat. Encik Laurentius selaku penceramah merupakan pakar dalam bidang ternakan burung walit.


Datu Basrun (kiri) dan Dr. Laurentius (kanan) memperkatakan sesuatu tentang burung walit. Walit berasal daripada bahasa Indonesia, manakala di Malaysia adalah burung layang-layang.


Pengurus Besar KPD sedang menyampaikan cenderakenangan kepada penceramah, Dr. Laurentius Ambu.


01 APRIL 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR SEMESTER 3 DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN, POLITEKNIK KOTA KINABALU KE IBU PEJABAT KORPORASI PEMBANGUNAN DESA, WISMA PERTANIAN SABAH, KOTA KINABALU


Encik Jailis Masarip, Ketua Unit Perhubungan Awam (depan, tengah) yang dibantu oleh Puan Doulim Salag, Pegawai Perancangan (depan, kiri) memberi taklimat mengenai Peluang-Peluang Keusahawanan Di Korporasi Pembangunan Desa (KPD) kepada rombongan.


Para pelajar sedang mendengar taklimat yang disampaikan dengan penuh perhatian.


Encik Jailis Masarip menyampaikan cenderakenangan kepada ketua rombongan dari Politeknik Kota Kinabalu.

 

29 MAC 2010

LAWATAN KERJA YB. DATUK SERI PANGLIMA HAJI YAHYA HAJI HUSSIN, TIMBALAN KETUA MENTERI/MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN SABAH KE BORNEO MUSHROOM, MESILAU, KUNDASANG


YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Haji Hussin (ketiga, kanan) bersama-sama dengan rombongan memegang p'p'bag cendawan Shiitake. Kiri ke kanan: Y.Bhg. Datu Basrun Haji Datu Mansor (Pengurus Besar KPD), Tuan Haji Mahlan Haji Zinin (Setiausaha Politik KPIM), YB. Datuk Haji Musbah Haji Jamli (Pembantu Menteri II KPIM), YB. Tuan Haji Ahmad Haji Bujang (Pengerusi KPD), YB. Datuk Bobbey Ahfang Suan (Pembantu Menteri I KPIM) dan Y.Bhg. Datuk Haji Ujang Haji Sulani (Setiausaha Tetap KPIM).


Puan Jamilah Lee, Pengurus Projek (Cendawan) sedang memberi penerangan mengenai cendawan Shiitake kepada YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Haji Hussin.


YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Haji Hussin melihat p'p'bag cendawan Tiram Kelabu yang tersusun rapi di atas rak dalam rumah cendawan.

 

7 FEBRUARI 2010

TAMU KPD SEMPENA TAHUN BARU CINA DI KOMPLEKS
PEMASARAN KPD, TELUK LIKAS, KOTA KINABALU


Puan Natalie Chow, Pengurus Kumpulan (Pemasaran) sedang memegang banting Selamat Tahun Baru Cina dengan berlatarbelakangkan 'singa'.


Tarian Singa yang menarik minat dan perhatian ramai pengunjung.

 

4 FEBUARI 2010

LAWATAN KERJA YAB. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, KETUA MENTERI SABAH KE KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN SABAH, WISMA PERTANIAN SABAH, KOTA KINABALU


YAB. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sedang meneliti p'p'bag cendawan Shiitake yang dipamerkan di gerai KPD. Di sebelah kanan beliau adalah YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah.


YB. Tuan Haji Ahmad Haji Bujang, Pengerusi KPD (kedua, kiri) sedang menyampaikan cenderakenangan berupa produk-produk KPD kepada YAB. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.

 

21 JANUARI 2010

LAWATAN LEMBAGA PENGARAH PERTUBUHAN PELADANG NEGERI SARAWAK (PPNS) KE KORPORASI PEMBANGUNAN DESA (KPD), KOTA KINABALU.


Y.Bhg. Datu Basrun Haji Datu Mansor, Pengurus Besar KPD (tengah) memberi taklimat kepada rombongan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) yang diketuai oleh YB. Datuk Francis Harden a/k. Hollis, Pengerusi PPNS merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Tanah Sarawak (empat dari kanan).


Y.Bhg. Datu Basrun Haji Datu Mansor (tiga dari kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada YB. Datuk Francis Harden a/k Hollis (kanan). Di sebelah beliau adalah YB. Datuk Peter Nansian a/k Ngusie, Ahli Lembaga Pengarah PPNS merangkap Pembantu Menteri Kesihatan Awam Sarawak (kiri, depan) dan Encik Peter a/k Umak, Pengurus Besar PPNS (kiri, belakang).


Datuk Francis (kiri) dan rombongan semasa melawat Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer di Kabang, Papar.


Datuk Francis (tengah) dan rombongan semasa melawat Borneo Vanilla di Lumadan, Beaufort.

 

15 JANUARI 2010

MAJLIS JAMUAN TAHUNAN KPD 2009 DI THE MAGELLAN SUTERA, KOTA KINABALU.


YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pertanian & Industri Makanan Sabah (tengah) dan isteri, Y.Bhg. Datin Seri Panglima Hajah Siti Jouyah Mohd. Yunin duduk di meja utama bersama tetamu kehormat yang lain.


YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin melancarkan Video Promosi Projek Cendawan bersama-sama YB. Datuk Bobbey Ahfang Suan (dua dari kiri), YB. Datuk Haji Musbah Jamli (tiga dari kanan), YB. Tuan Haji Ahmad Bujang (dua dari kanan), Y.Bhg. Datu Basrun Haji Datu Mansor (kiri) dan Y.Bhg. Datuk Haji Ujang Sulani (kanan).


YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin bergambar bersama penerima anugerah Projek Cemerlang KPD Tahun 2009 iaitu Perkhidmatan Pemasaran FFB Tawau, Projek Ternakan Ayam Pedaging dan Projek Cendawan.

 

28 DISEMBER 2009

MAJLIS MENANDATANGANI SURAT PERJANJIAN BEKERJASAMA (COLLABORATIVE AGREEMENT) DI ANTARA KORPORASI PEMBANGUNAN DESA (KPD) DENGAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM), SERDANG BERTEMPAT DI GRAND BALLROOM, TINGKAT 1, HOTEL PROMENADE, KOTA KINABALU.


YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Bekerjasama Diantara KPD dan UPM, Serdang yang diwakili oleh YB. Tuan Haji Ahmad Bujang, Pengerusi KPD (duduk, dua dari kiri) dan Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, Naib Cancelor UPM (duduk, dua dari kanan).


YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian diantara YB. Tuan Haji Ahmad Bujang (dua dari kiri) dan Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah di majlis itu.


YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin menekan butang sebagai simbolik melancarkan video promosi Projek Ternakan Kambing KPD sambil diperhatikan oleh Haji Ahmad Bujang - Pengerusi KPD (tiga dari kiri), Dr. Nik Mustapha - Naib Cancelor UPM (kiri), Datu Basrun Haji Datu Mansor - Pengurus Besar KPD (kanan) dan Haji Jumahat Intang - Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Sabah (dua dari kanan).


YB. Datuk Seri Panglima Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah sedang memerhati model kawasan Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer KPD yang terletak di Kabang, Papar.

 

22 DISEMBER 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN KEPADA PELATIH PUSAT LATIHAN BELIA KPD/OISCA, LAGUD SEBRANG, TENOM.


YB. Datuk Bobbey Ahfang Suan, Pembantu Menteri Pertanian & Industri Makanan Sabah menyampaikan hadiah kepada Pelatih Cemerlang Pusat Latihan Belia KPD/OISCA Sesi 2009, diperhatikan oleh Encik Jimil Jainol, Ketua Jurulatih (kiri).


YB. Datuk Bobbey Ahfang Suan (dua dari kiri) melawat pameran produk yang dihasilkan pelatih, diiringi oleh Y.Bhg. Datu Basrun Haji Datu Mansor, Pengurus Besar KPD (tiga dari kiri) dan Encik Azman Haji Ruslan, wakil Pengerusi KPD (dua dari kanan).


YB. Datuk Bobbey Ahfang Suan (lima dari kiri) bergambar bersama-sama pelatih yang telah menerima Sijil Tamat Latihan pada majlis tersebut.

 

20 DISEMBER 2009

TAMU KPD SEMPENA HARI KRISMAS DI KOMPLEKS PEMASARAN KPD, TELUK LIKAS, KOTA KINABALU.


Puan Jamilah Lee, Presiden Kelab Desa Kota Kinabalu menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak yang diadakan semasa tamu tersebut.


Para peserta Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak bergambar bersama Presiden Kelab Desa Kota Kinabalu (mencangkung, tengah) dan Santa Klaus serta Santa Rina.

 

10 NOVEMBER 2009

KUNJUNGAN KEHORMAT LEMBAGA PENGARAH
KORPORASI PEMBANGUNAN DESA (KPD) KEPADA
YAB. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN,
KETUA MENTERI SABAH DI WISMA INNOPRISE, KOTA KINABALU.


YAB. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah (tengah) bergambar bersama ahli-ahli Lembaga Pengarah KPD. Di sebelah kanan beliau adalah YB. Tuan Haji Ahmad Bujang, Pengerusi KPD (empat dari kiri), manakala di sebelah kiri beliau adalah Encik Assan Nasib, Timbalan Pengerusi KPD (lima dari kanan) dan Y.Bhg. Datu Basrun Haji Datu Mansor, Pengurus Besar KPD (empat dari kanan).


YAB. Datuk Seri Panglima Ketua Menteri melihat produk-produk keluaran KPD yang dibawa semasa kunjungan kehormat tersebut.


Ketua Menteri sedang meneliti produk cendawan Shiitake yang dikeluarkan oleh KPD.

 

02 – 05 JULAI 2009

HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2009 BERTEMPAT DI PADANG MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN, SANDAKAN.


Pengurus Besar KPD, Y.Bhg. Datu Basrun Haji Datu Mansor sedang memberipenerangan mengenai pokok Stevia rebaudiana Bertoni kepada YAB. Datuk SeriPanglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.  Pokok stevia sejenis gantian gula adalah antara yang dipamerkan oleh KPD sempena HPPNS 2009. Turut kelihatan adalah YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri / Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah (kiri), YB. Datuk Haji Musbah Jamli, Timbalan Menteri II KPIM (kanan) dan YB. Tuan Haji Ahmad Bujang, Pengerusi KPD (tengah).


YB. Datuk Sukarti Wakiman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (kanan) jugasangat tertarik dengan bahan pameran di gerai KPD.  Y.Bhg. Tuan Pengurus Besar KPD (tengah) dan YB. Tuan Pengerusi KPD (kiri) kelihatan ketawa bersama-sama dengan YB. Datuk SKN.


Inilah gerai pameran KPD sempena HPPNS 2009 di Sandakan yang sentiasa menggamit minat para pengunjung.


Pokok Stevia rebaudiana Bertoni adalah sejenis gantian gula yang berasal dari Paraguay di Amerika Selatan.  Ia boleh menggantikan penggunaan gula tebu dan sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai penyakit seperti kencing manis.

 

12 MEI 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN KEPADA AHLI LEMBAGA PENGARAH KORPORASI PEMBANGUNAN DESA(KPD) BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT I, ARAS 8,WISMA PERTANIAN SABAH, KOTA KINABALU.


YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri / Menteri PertanianDan Industri Makanan Sabah sedang menyampaian Watikah Pelantikan kepada YB. Tuan Haji Ahmad Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri N.28 Sipitang sebagai Pengerusi KPD sambil diperhatikan oleh Y.Bhg. Datuk Haji Ujang Sulani, Setiausaha Tetap KPIM (kanan) dan Y.Bhg. Datu Basrun Haji Datu Mansor, Pengurus Besar KPD (kiri).


YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin sedang menyampaikan ucapan sejurus selepas upacara Penyampaian Watikah Pelantikan selesai.  Di sebelah kiri beliaua dalah YB. Datuk Bobbey Ahfang Suan, Timbalan Menteri I Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Sabah.


Pegawai-pegawai kanan KPD turut hadir di Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Kepada Ahli Lembaga Pengarah KPD.

 

22 FEBRUARI 2009

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA KORPORASI PEMBANGUNAN DESA (KPD) DANUNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) BERTEMPAT DI HOTELSABAH, SANDAKAN


YB. Tuan Haji Ahmad Bujang, Pengerusi KPD (tengah) sedang menandatangani dokumen Perjanjian Persefahaman (MOU) sambil diperhatikan oleh Y.Bhg. Datu BasrunHaji Datu Mansor, Pengurus Besar KPD (kanan).  Di sebelah kanan beliau adalah Y.Bhg. Kolonel Profesor Datuk Dr. Kamaruzaman Haji Ampon, Naib Cancelor UMS.


YB. Tuan Haji Ahmad Bujang dan Y.Bhg. Kolonel Profesor Datuk Dr. Kamaruzaman Haji Ampon sedang bertukar-tukar dokumen sambil disaksikan oleh YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri / Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah (tengah).

 

19 FEBRUARI 2009

MAJLIS PENYERAHAN PERALATAN PENTERNAKAN LEBAH MADU DAN BIBIT VANILA KEPADA PESERTA PERLADANGAN KONTRAK PERINGKAT DAERAH SIPITANG BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA, SIPITANG


YB. Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri / Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah sedang menyerahkan haif kepada salah seorang peserta kontrak KPD sambil dibantu oleh Y.Bhg. Datu Basrun Hj. Datu Mansor, Pengurus Besar KPD. Turut mengiringi YB. Datuk Seri Panglima Menteri adalah YB. Datuk Haji Musbah Jamli, Pembantu Menteri II Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Sabah (kiri) dan YB. Tuan Haji Ahmad Bujang, Pengerusi KPD merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.28 Sindumin (kedua dari kiri).


YB. Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin sedang meneliti plaque pelancaranproduk madu lebah KPD iaitu Borneo Tropical Honey yang ditandatangani oleh YAB. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia semasa MAHA 2008 di Serdang.  Kelihatan Pengurus Besar KPD sedang menerangkan sesuatu kepada YB. Datuk Seri Panglima Timbalan Ketua Menteri.


YB. Datuk Seri Panglima Timbalan Ketua Menteri meneliti produk-produk vanila yang dipamerkan di majlis berkenaan.  Antaranya adalah pod kering vanilla, ekstrak vanillin, gula vanila dan sebagainya

 

23 JANUARI 2009

JAMUAN TAHUNAN KPD 2009 BERTEMPAT DI THE MAGELLAN SUTERA,
KOTA KINABALU


Tetamu kehormat pada majlis tersebut adalah YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri / Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah (ketiga dari kiri) yang diiringi oleh isteri beliau, Y.Bhg. Datin Seri Panglima Hajjah Jouyah Mohd. Yunin (keempat dari kanan).


Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin sedang menekan butang tanda pelancaran Video Korporat KPD bagi Projek Ternakan Lebah Madu.  Turut kelihatan adalah Y.Bhg. Datu Basrun Haji Datu Mansor, Pengurus Besar KPD (kiri sekali), YB. Tuan Haji Ahmad Bujang, Pengerusi KPD (ketiga dari kanan), YB. Datuk Bobbey Ahfang Suan, Timbalan Menteri I Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Sabah (kedua dari kanan) dan Y.Bhg. Encik Matius Sator, Setiausaha Tetap KPIM (kanan sekali).


Encik Dalius Gahun, Pengurus Projek (Pertanian) Sandakan sedang menerima hadiah Anugerah Projek Cemerlang daripada YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin. Perkhidmatan Pemasaran FFB KPD Sandakan telah memenangi pertandingan yang diadakan.

 

10 DISEMBER 2008

SIGNING CEREMONY MEMORANDUM OF UNDERSTANDING (MOU) BETWEEN MINISTRY OF AGRICULTURE AND FOOD INDUSTRY, SABAH (MAFI) AND OISCA–INTERNATIONAL, JAPAN AT MAFI MEETING ROOM I, LEVEL 8, WISMA PERTANIAN SABAH, KOTA KINABALU.


YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri / Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah sedang menyampaikan ucapan.


YB. Datuk Seri Panglima Menteri (ketiga dari kiri) dan Encik Nagaishi Yasuaki, Setiausaha Agung, OISCA-International, Jepun (kedua dari kanan) sedang menandatangani dokumen MOU.  Di sebelah kanan Menteri adalah Y.Bhg. Encik Matius Sator, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Sabah, manakala di kiri sekali adalah YB. Tuan Haji Ahmad Bujang, Pengerusi KPD.  Duduk di sebelah kanan adalah Y.Bhg. Dato’ Mohd. Soffian Abdul Rahim, Naib Presiden, OISCA-International, Malaysia Chapter.


Kelihatan YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin dan Encik Nagaishi Yasuaki sedang bertukar-tukar dokumen MOU sambil diperhatikan (dari kiri) oleh Y.Bhg. Datu Basrun Datu Haji Mansor (Pengurus Besar KPD), YB. Tuan Haji Ahmad Bujang (Pengerusi KPD), Y.Bhg. Encik Matius Sator (Setiausaha Tetap KPIM) dan Y.Bhg. Dato’ Mohd. Soffian Abdul Rahim (Naib Presiden, OISCA-International, Malaysia Chapter) (kanan sekali).

 

9 DISEMBER 2008

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN, PUSAT LATIHAN BELIA KPD-OISCA BERTEMPAT DI PUSAT LATIHAN BELIA KPD-OISCA, LAGUD SEBRANG, TENOM


YB. Datuk Bobbey Ahfang Suan, Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah sedang memeriksa perbarisan para pelatih Pusat Latihan Belia KPD-OISCA, diiringi oleh YB. Tuan Haji Ahmad Bujang, Pengerusi KPD (kiri) dan Y.Bhg. Datu Basrun Datu Haji Mansor, Pengurus Besar KPD (kanan).


YB. Datuk Bobbey Ahfang Suan, Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah sedang menyampaikan ucapan di majlis tersebut.


YB. Datuk Bobbey sedang menyampaikan tropi kepada Adik Anjarik Maang yang telah dipilih sebagai Pelatih Cemerlang Pusat Latihan Belia KPD-OISCA, Lagud Sebrang, Tenom Sesi 2008 sambil diperhatikan oleh Y.Bhg. Datu Basrun Datu Haji Mansor, Pengurus Besar KPD (kiri) dan Encik Nagaishi Yasuaki, Setiausaha Agung, OISCA-International, Jepun (berbaju putih).

 

4-6 JULAI 2008

PERAYAAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN NEGERI SABAH (HPPNS) 2007 DI TAPAK PERAYAAN HPPNS, KOMPLEKS PEMASARAN KPD, TELUK LIKAS


YAB. Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah sedang mendengar sesuatu daripada YB. Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri, merangkap Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah mengenai ekstrak vanila yang akan dikeluarkan oleh KPD pada masa hadapan semasa melawat ke Gerai Pameran KPD


Pengurus Besar KPD sedang menerima hadiah Pertandingan Gerai Pameran Teknologi Dan Hasil-Hasil Pertanian Sempena HPPNS 2008 daripada YB. Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri, merangkap Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah


Gerai Pameran KPD sempena HPPNS 2008 yang telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Gerai Pameran Teknologi Dan Hasil-Hasil Pertanian Kategori Sektor Kerajaan

 

12 MEI 2008

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA KPD DAN CV MOERI AGRO, INDONESIA DI KOTA KINABALU


Pengurus Besar sedang menandatangani dokumen perjanjian sebagai saksi kepada YB. Datuk Bobbey Suan, Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah, merangkap Timbalan Pengerusi KPD yang mewakili KPD di majlis tersebut
 


Upacara bertukar-tukar dokumen di antara Datuk Bobbey Suan yang mewakili KPD dengan Ibu Sylvia O. Rurupadang dari CV Moeri Agro, Indonesia sambil diperhatikan oleh YB. Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri, merangkap Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah
 


YB. Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin sedang mendengar penerangan daripada Puan Sri Juniarti Salam, Pengurus Projek (Tanaman Tanah Rendah II) mengenai produk Bio-FOB yang dibekalkan oleh CV Moeri Agro kepada KPD untuk diedar di pasaran tempatan

 

25 JANUARI 2008

MAJLIS JAMUAN TAHUNAN KPD 2007 DI PACIFIC SUTERA HOTEL, KOTA KINABALU


YB. Datuk Hj. Abd. Rahim Ismail, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah, merangkap Pengerusi KPD sedang menyampaikan ucapan di majlis tersebut
 


Pengurus Besar KPD, Datu Basrun Hj. Datu Mansor menyampaikan cenderakenangan kepada YB. Datuk Hj. Abd. Rahim Ismail



Dari kiri YB. Datuk Bobbey Suan, Datu Basrun Hj. Datu Mansor, YB. Datuk Hj. Abd. Rahim Ismail dan isteri

 

13 JANUARI 2008

LAWATAN ROMBONGAN DARI DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU (DBKK) KE BORNEO MUSHROOM, MASILAU, KUNDASANG


Rombongan dari DBKK yang diketuai oleh Mayor, Datuk Mohd. Ilyas Ibrahim (kanan) sedang mendengar taklimat mengenai Borneo Mushroom



Mayor DBKK sedang melihat p’p’ bag cendawan Shiitake yang disusun di rumah cendawan sambil diiringi oleh Puan Jamilah Lee, Pengurus Projek (Cendawan)



Ahli rombongan melihat produk-produk KPD yang dikeluarkan di Borneo Mushroom – bibit cendawan, Ling Tze Tea dan Ling Tze Coffee

 

18 DISEMBER 2007

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN KEPADA PELATIH PUSAT LATIHAN BELIA KPD-OISCA DI LAGUD SEBRANG, TENOM


YB. Datuk Hj. Abd. Rahim Ismail, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah, merangkap Pengerusi KPD sedang bersalaman dengan para pelatih semasa memeriksa perbarisan tamat latihan



YB. Datuk Hj. Abd. Rahim Ismail sedang menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta di majlis tersebut



Para pelatih di Pusat Latihan Belia KPD-OISCA mengabadikan gambar kenang-kenangan bersama VIP dan para jemputan khas

 

26 NOVEMBER 2007

LAWATAN ROMBONGAN DARI SEKOLAH PERTANIAN LESTARI, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) KE IBU PEJABAT KPD, WISMA PERTANIAN SABAH,
KOTA KINABALU


Rombongan dari Sekolah Pertanian Lestari UMS duduk di barisan sebelah kiri,
manakala di barisan kanan adalah para pegawai kanan KPD.
Duduk di tengah adalah Pengurus Besar KPD, Datu Basrun Hj. Datu Mansor



Ahli rombongan UMS mendengar taklimat Pengurus Besar KPD dengan penuh perhatian



Ketua rombongan dari UMS, Prof. Madya Dr. Marcus Atong sedang menyampaikan cenderakenangan Kepada Pengurus Besar KPD

 

27-28 OKTOBER 2007

KURSUS “ENHANCING TEAM SUCCESS” DI BORNEO PARADISE, KINARUT


Fasilitator sedang menyampaikan ceramah kepada para peserta yang terdiri daripada anggota KPD di seluruh Sabah


Antara aktiviti adalah “Spider Net” yang hanya boleh dilakukan dengan adanya semangat kerja berpasukan yang kukuh


Semangat berpasukan juga boleh diwujudkan menerusi aktiviti seumpama ini

 

24-26 SEPTEMBER 2007

KURSUS MOTIVASI PROGRAM MEMPELBAGAI DAN MENAMBAHKAN PENDAPATAN PETANI, PENTERNAK DAN NELAYAN (2M3PN) BAGI PESERTA PROJEK CENDAWAN KPD DI KOTA KINABALU


Puan Fedelina Isidore (Fasilitator) sedang memberi mesej mendalam kepada para petani melalui aktiviti yang dijalankan


Para petani mengangkat tangan menunjukkan keyakinan mereka akan terus maju menerusi projek yang dijalankan


Peserta kursus meneliti permasalahan berbentuk permainan yang dikemukakan kepada mereka. Cara penyelesaian masalah ini adalah bergantung kepada kreativiti masing-masing

 

10 SEPTEMBER 2007

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL MS ISO 9001:2000 KEPADA KPD OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD. DI DEWAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN SABAH (KPIM), WISMA PERTANIAN SABAH, KOTA KINABALU


Pengurus Besar KPD sedang menerima Sijil MS ISO 9001:2000 daripada Presiden Sirim Qas International Sdn. Bhd. sambil diperhatikan oleh YB. Datuk Hj. Abd. Rahim Ismail, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah, merangkap Pengerusi KPD


Kelihatan YB. Datuk Hj. Abd. Rahim Ismail meneliti Sijil MS ISO 9001:2000 yang baru diterima oleh KPD sebagai pengiktirafan terhadap komitmennya dalam membangunkan masyarakat luar bandar di Sabah


Para VIP dan jemputan khas bergambar bersama dengan pegawai-pegawai kanan KPD selepas majlis penyampaian sijil


26 - 29 JULAI 2007

PERAYAAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN NEGERI SABAH (HPPNS) 2007 DI TAPAK PERAYAAN HPPNS, KOMPLEKS PEMASARAN KPD, TELUK LIKAS


Pengurus Besar sedang menerangkan sesuatu mengenai produk Ling Tze keluaran KPD
kepada YB. Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri yang mewakili
Ketua Menteri Sabah merasmikan HPPNS 2007 semasa melawat ke Gerai Pameran KPD


Pengurus Besar KPD sedang menerima hadiah Pertandingan Gerai Pameran Teknologi Dan
Hasil-Hasil Pertanian Sempena HPPNS 2007 daripada
YB. Datuk Hj. Abd. Rahim Ismail, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah



Beginilah Gerai Pameran KPD yang telah mendapat Naib Johan bagi Kategori Sektor Kerajaan dalam pertandingan tersebut

 

28 JANUARI 2007

KURSUS 'ENHANCING TEAM SUCCESS' DI BERINGIS RESORT,
KINARUT, PAPAR


Bersama pasti boleh ... mungkin itulah yang sedang difikirkan oleh kumpulan ini


Para Peserta kursus sangat gembira dan bertuah kerana terpilih mengikuti
kursus yang paling 'exciting' dan bermanafaat ini

 

26 JANUARI 2007

MAJLIS JAMUAN TAHUNAN KPD


YB. Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah
selaku Pengerusi KPD melancarkan logo baru KPD


Tahniah... YB. Datuk Menteri menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang
anggota KPD yang bersara


Menarik perhatian...persembahan menarik yang sedang berlangsung di pentas.


Satu untuk album..
YB Datuk Menteri bersama-sama para penerima Anugerah Khidmat Lama

 

25 JANUARI 2007

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA DI ANTARA
KPD AND EVERGREEN LIVESTOCK SDN BHD


YB Datuk Bobbey Suan, Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah
selaku Timbalan Pengerusi KPD sedang menandatangani dokumen perjanjian
dan disaksikan oleh Datu Basrun Hj. Datu Mansor, Pengurus Besar KPD


Sah...bertukar-tukar dokumen perjanjian usahasama dalam bidang penternakan lembu tenusu di daerah Nabawan di antara YB Datuk Bobbey Suan bagi pihak KPD dan
Encik Yap Yun Fook, Pengarah Urusan, Evergreen Livestock Sdn Bhd di saksikan oleh
YB Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail.

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN DI ANTARA
KPD DAN JABATAN PERIKANAN SABAH


Datu Basrun Hj. Datu Mansor, Pengurus Besar KPD sedang menandatangani dokumen perjanjian


Bertukar-tukar dokumen Persefahaman dalam bidang penyelidikan dan Pembangunan ikan air tawar di Tenom dan Beaufort di antara Datu Basrun Hj. Datu Mansor bagi pihak KPD dan Encik Rayner Datuk Stuel Galid, Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, bagi pihak JPS
disaksikan oleh YB. Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail.

 

11 DISEMBER 2006

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN PELATIH-PELATIH
PUSAT LATIHAN BELIA KPD-OISCA, LAGUD SEBRANG TENOM


YB Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah
sedang menyampaikan sijil dan hadiah kepada pelatih terbaik


YB Datuk Menteri bergambar bersama-sama para pelatih sesi 2006

 

4 - 5 NOVEMBER 2006

KURSUS ENHANCING TEAM SUCCESS
MIMPIAN JADI RESORT, TUARAN


Pengurus Besar bersama fasilitator dan para peserta semasa majlis penutupan kursus


"Teamwork for success"

 

22 SEPTEMBER 2006

LAWATAN RASMI TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR
DAN WILAYAH MALAYSIA,
YB. DATUK DR. TIKI LAFE KE PROJEK CENDAWAN KPD, MOYOG, PENAMPANG


YB. Datuk Dr. Tiki Lafe diberi taklimat mengenai penanaman cendawan di kawasan Moyog oleh Pengurus Besar KPD


YB. Datuk Dr. Tiki sedang memerhati hasil keluaran cendawan
kawasan Moyog, Penampang


PP' Beg cendawan jenis Shiitake keluaran KPD

 

 3 SEPTEMBER 2006

LAWATAN RASMI MENTERI PERTANIAN DAN ASAS TANI MALAYSIA, TAN SERI MUHYIDDIN MOHD YASSIN BERSAMA MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN SABAH KE PUSAT PEMBIAKAN DAN PEMBAKAAN KAMBING KACUKAN BOER KPD, KABANG PAPAR


YB. Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bersama YB Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail sedang
mendengar taklimat daripada Pengurus Besar KPD (baju cerah kuning) semasa lawatan


Tinjauan ke Pusat Pembiakan dan Pembakaan Kambing tersebut.

 

10 FEBRUARI 2006

MAJLIS PERPISAHAN UNTUK TUAN HAJI MOHD. DOS ISMAIL
MANTAN TIMBALAN PENGURUS BESAR KPD


Datu Basrun Hj. Datu Mansor, Pengurus Besar KPD menyampaikan Ucapan dalam Majlis
Perpisahan Tuan Hj. Dos Ismail, mantan Timbalan Pengurus Besar KPD.


Jasamu dikenang ... Yang Berhormat Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Korporasi Pembangunan Desa (KPD) menyampaikan cenderakenangan kepada Tuan Hj. Mohd Dos Ismail Mantan Timbalan Pengurus Besar KPD


Untuk album .. YB Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah dalam sessi bergambar bersama Tuan Hj. Mohd Dos Ismail. Turut bersama dalam gambar ialah Datuk Gregory Joitol, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (Keempat dari kiri), Datu Basrun Hj. Datu Mansor, Pengurus Besar KPD (Ketiga dari kiri) Encik Ahmad Ag. Hashim Timbalan Setiausaha Tetap, KPIM (Ketiga dari kanan) dan juga empat anggota KPD yang telah berpindah ke Jabatan Pertanian

 

15 DISEMBER 2005

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT KURSUS LATIHAN,
PUSAT LATIHAN BELIA KPD-OISCA


YB Encik Bobbey Suan menerima tabik hormat dan memeriksa barisan kehormat
para pelatih KPD-OISCA sesi 2005


Antara pelatih yang menerima sijil tamat latihan


Pelatih Cemerlang ... Encik Herman Bin Bangsawan menerima
anugerah Pelatih Cemerlang sesi 2005


Para pelatih bersama YB Encik Bobbey Suan,
Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah


Pelatih-pelatih tahun II


YB Encik Bobbey Suan melawat pameran aktiviti-aktiviti
Pusat Latihan Belia KPD-OISCA, Tenom

 

17 NOVEMBER 2005

OISCA PERBAHARUI KOMITMEN TERHADAP PUSAT LATIHAN BELIA

Oleh : Encik Henry Ng


Rasmi ... bertukar-tukar dokumen MOU di antara KPIM dan OISCA International, Japan

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM) dan OISCA International Japan telah memperbaharui semula komitmen masing-masing untuk membantu Pusat Latihan Belia KPD-OISCA di Tenom melaksanakan program-program latihannya.

Selain meneruskan program-program latihan yang sedia ada di Tenom, Pusat Latihan Belia itu dijangka akan memperkenalkan beberapa inisiatif baru, temasuklah memberi peluang kepada para pelatih menyertai program perladangan kontrak dengan KPD.

Perkara ini dicadangkan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Hj Abdul Rahim Ismail, pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara KPIM dan OISCA International di Bilik Mesyuarat I, KPIM 17 November 2005.


YB Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah sedang memberi ucapan dalam majlis MOU pada 17 Disember, 2005


Encik Michio Hirose, Secretary General OISCA International, Japan sedang
menyampaikan ucapan beliau

Melalui perjanjian itu, OISCA melanjutkan komitmennya selama tiga tahun lagi untuk membantu program-program di Pusat Latihan Belia KPD -OISCA, Tenom.

Dalam ucapannya, YB Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail menghargai sumbangan OISCA Intenational Japan serta berharap Badan Antarabangsa itu akan terus memberikan biasiswa kepada para pelatih KPD-OISCA yang terpilih untuk melanjutkan latihan-latihan di Pusat Latihan OISCA di Jepun.

YB Datuk Menteri berkata Pusat Latihan belia itu masih releven, terutama dalam menyediakan kemudahan latihan-latihan bidang pertanian serta latihan pembangunan insan, terutama kepada belia-belia di luarbandar.

Menteri itu juga berharap pemeterian perjanjian persefahaman baru itu akan membuka ruang kepada KPD dan OISCA untuk meneroka serta memperluaskan program -program latihan di Pusat Latihan belia itu.

Pusat Latihan itu yang beroperasi sejak 1977 telah melatih ribuan belia dari seluruh Sabah dalam pelbagai bidang, termasuklah bidang pertanian dan pemprosesan makanan.

Pusat itu menerima 60 pelatih setiap tahun untuk mengikuti latihan selama setahun.

Dokumen MOU itu ditandatangani bersama YB Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan Encik Michio Hirose, Setiausaha Agung OISCA International Japan. Majlis itu disaksikan Setiausaha Tetap KPIM Datuk Gregory Joitol dan Ms Michiko Takahasi, Penolong Pengarah Kanan OISCA International Japan.


Upacara menandatangani MOU

Majlis tersebut yang dianjurkan oleh Korporasi Pembangunan Desa turut di hadiri oleh Yang Berhormat Encik Japlin Akim, Pembantu Menteri Pertanian dan Indusrti Makanan Sabah, Datu Basrun Hj. Datu Mansor, Pengurus Besar KPD, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi dibawah KPIM dan beberapa Ahli OISCA-International Sabah Chapter.

 

19 SEPTEMBER 2005

KPD BERHASRAT UNTUK MENJADI PENGELUAR MADU LEBAH
YANG TERKEMUKA DI RANTAU INI


Oleh: Henry Ng dan Roslan Masran



Kom Madu Lebah ... YB Encik Japlin Akim, Pembantu Menteri Pertanian
Dan Industri Makanan Sabah (kanan) bersama Datu Basrun Hj. Datu Mansor,
Pengurus Besar KPD (kiri) di ladang Peserta Projek Penternakan Lebah Madu KPD
di Matunggong, Kudat.
 

Pada 19 September 2005, KPD telah  menyerahkan peralatan penutup mata, pengasap dan haif kepada 20 peserta di bawah program mempelbagai dan menambah pendapatan petani pada satu majlis penyerahan di Matunggong , Kudat.

Bagi penternakan lebah madu, KPD pula, yang terletak di bawah  Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah, akan terus membantu para petani luarbandar dari segi memberi latihan, tunjuk ajar serta pembekalan peralatan haif.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Encik Japlin Akim, yang mewakili Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Abdul Rahim Ismail, menyampaikan peralatan tersebut.

Sebanyak 20 petani ini adalah  kumpulan pertama daripada sejumlah 80 petani daripada Pitas, Kudat dan Kota Marudu  yang menerima bantuan itu, manakalah yang  selebihnya akan menerima tidak lama lagi.

Setakat ini KPD telah melatih 785 petani di daerah Kudat dalam penternakan lebah madu, tetapi yang masih aktif ialah sekitar 200 orang.

Kecendertungan KPD untuk meningkatkan pengeluaran madu lebah di Sabah  sekaligus menjadikan bidang ini sebagai salah satu perusahaan teras atau ‘core business’ nya, adalah memandangkan potensi besar dan luas bidang itu di negeri ini tetapi belum dieksploitasi sepenuhnya.

Hasrat dan matlamat lebih besar ialah untuk melihat KPD memainkan peranan penting ke arah menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah Negara pengeluar madu lebah yang terkemuka di rantau ini.

Untuk tujuan itu, KPD juga mensasarkan untuk mewujudkan 200 usahawan yang bergiat sepenuh masa dalam penternakan lebah madu menjelang 2010.

Apabila berjaya kelak, setiap individu atau peserta di bawah program ini dijangka memelihara sekurang-kurangnya 500 haif  lebah madu yang mampu mendatangkan pendapatan sekitar RM2,500 sebulan.

Menurut Pengurus Besar KPD, Datu Basrun Bin Datu Haji Mansor, para peserta usahawan tani tersebut akan diberi bantuan dan bimbingan yang perlu oleh KPD seperti kursus dan latihan, modal pinjaman dan pasaran untuk hasil madu kelak.

Menurut Datu Basrun, selain meningkatkan program latihan kepada para petani, KPD juga akan menambah jumlah haif sehingga mencapai status ‘komersil’,  manakala bentuk kontrak dengan para penternak juga akan disusun semula bagi mewujudkan situasi ‘menang-menang’.

Selain itu, KPD juga merancang untuk menghasilkan produk-produk baru berasaskan madu, termasuklah pengeluar  ‘royal jelly’.

Untuk menampung pengeluaran hasil madu lebah yang dijangka akan meningkat, KPD akan meningkatkan keupayaan kilang pemprosesan madunya sekarang di Timbang Batu, Kota Marudu yang hanya mampu memproses kira-kira dua tan madu lebah sebulan.

Kilang yang mula beroperasi 1992 itu juga akan dipindahkan ke Sikuati sebagai langkah menambahbaik perkhidmatan penghantaran bagi para penternak, yang ramai tertumpu di kawasan itu.

Setakat ini, KPD boleh berbangga kerana dapat melahirkan dua orang penternak lebah madu paling berjaya di daerah Kudat, iaitu Modinbil Monbanjau dan Farinchais Mogapal yang masing-masing mempunyai 500 dan 130 haif dengan pendapatan RM2,600 dan RM1,000 sebulan.

Modinbil dan Farinchais, yang menjadi peserta KPD pada tahun 1992 dan 1998, masing-masing mengusahakan ladang ternakan lebah madu di kampung Mompilis, Kudat dan Kampung  Bodu, Kota Marudu. 

Dengan pendekatan-pendekatan baru ini, KPD diharap bukan sahaja dapat mempelbagaikan aktivitinya tetapi memberi harapan dan kekuatan kepada agensi itu untuk terus melangkah ke hadapan dan di atas landasan yang betul.


Tahniah .. peserta-peserta projek penternakan Lebah Madu KPD menerima
alat-alat penternakan daripada YB Encik Japlin Akim

 

1 SEPTEMBER 2005

KPD ATUR STRATEGI UNTUK CAPAI KEJAYAAN

Oleh: Henry Ng dan Roslan Masran


Datu Basrun Hj. Datu Mansor, Pengurus Besar KPD (kiri) dan Dato' Dr. Lim Siow Jin,  gasdfasdf
Pengerusi Eksekutif DXN Holdings Bhd (Kanan) bertukar-tukar dokumen perjanjian
persefahaman yang telah ditandatangani sambil disaksikan oleh
YB Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Sabah.

Bermula dengan misi untuk mambantu meningkatkan taraf hidup penduduk luarbandar, Korporasi Pembangunan Desa (KPD) kini melaksanakan pendekatan lebih berani, inovatif dan agresif untuk menjadikan agensi itu lebih berdaya saing. 

Langkah terbarunya  termasuklah meningkatkan  peranan dan penglibatannya dalam mengkomersilkan sektor ternakan lebah madu di Sabah dengan menjadikan dirinya player, tanpa  mengorbankan  peranan dan tanggungjawab asalnya untuk membantu para petani luarbandar.

KPD telah memeterai satu  perjanjian persefahaman dengan salah sebuah syarikat tersenarai di Bursa  Malaysia, DXN Holdings Bhd, bagi menerokai usahasama  untuk  menghasilkan beberapa produk pertanian bernilai tinggi secara komersil termasuk penggunaan bioteknologi.

Projek-projek yang dicadang akan dijalankan bersama  termasuklah penanaman dan penghasilan produk-produk berasaskan spirulina, cendawan ganoderma dan cordyceps, pengeluaran enzim, sericulture dan vermiculture.

Majlis menandatangani MOU  itu diadakan di Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Sabah di Wisma Pertanian Sabah, pada 01 September 2005, yang disempurnakan   oleh Pengurus Besar KPD Datu Basrun Haji Datu Mansor  sementera DXN Holding Bhd diwakili Pengerusi Eksekutif Dato’ Dr. Lim Siow Jin.   Majlis itu disaksikan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail.


Ling Tze ... antara produk keluaran KPD yang berpotensi


Pengurus Besar KPD sedang memerhatikan hasil nenas yang berpotensi
dalam Pemprosesan Makanan menggunakan bioteknologi


Madu Lebah ... Projek Penternakan Lebah Madu KPD akan terus diperluaskan dan
diperbesarkan lagi


Peserta Projek Penternakan Lebah Madu KPD, Encik Francis Mogapal (kanan) di Kg. Bodu, Matunggong, Kudat bersama Pengurus Besar KPD
 

2 JULAI 2005

HARI KELUARGA KPD


Y.B Datuk Haji Abdul Rahim sedang menyampaikan ucapan perasmian Hari Keluarga KPD


Y.B Japlin Akin (kanan), Datu Basrun Hj. Datu Mansor (kiri) dan
ahli-ahli keluarga KPD menyertai senamrobik


Anak-anak keluarga KPD terhibur dengan acara menyambut belon berisi air


Bakal wakil bina badan Sabah terdiri daripada anak-anak keluarga KPD
 

 

Sebarang ralat (broken links) boleh dikemukakan ke Webmaster. Terima Kasih
Korporasi Pembangunan Desa, 1998 - 2010