Muka Depan
Pengenalan
Projek
Program
Perkhidmatan
Pencapaian
Piagam Pelanggan
Berita & Artikel
Arkib
Aplikasi
Direktori
Soal Jawab
Buku Pelawat
Pautan

PENCAPAIAN

MAKLUMAT DAN FAKTA PENCAPAIAN PELAKSANAAN DASAR TAHUN 2003-2007

Sejak Halatuju Pembangunan Dan Kemajuan Negeri Sabah diperkenalkan, KPD telah melaksanakan beberapa program pembangunannya bermula pada tahun 2003 hingga 2007.  Program-program tersebut adalah seperti berikut:-

PERKHIDMATAN DAN PEMBANGUNAN PERTANIAN

Kaedah Perladangan Secara Kontrak yang telah lama diperkenalkan oleh KPD sebelum ini diteruskan dengan diberi penekanan sebagai satu pendekatan utama dalam pelaksanaan projek-projek galakkan pendapatan (IGP) di kalangan petani.  Melalui kaedah ini, para petani diberikan kredit bahan-bahan input pertanian bagi mengusahakan sesuatu projek di ladang milik mereka.  Pihak KPD pula menyedia dan memberikan khidmat nasihat teknikal kepada mereka secara berterusan.  Pembayaran balik ke atas kredit bahan-bahan input tersebut akan dibuat melalui potongan daripada harga jualan hasil keluaran projek yang dijalankan.

Projek-projek perladangan secara kontrak yang dilaksanakan oleh KPD adalah:


TERNAKAN AYAM PEDAGING


Projek ini dijalankan di kawasan Kota Kinabalu, Beaufort, Kota Belud dan Keningau melalui 2 kaedah, iaitu perladangan secara kontrak dan diternak di ladang milik KPD sendiri.  Ianya dimulakan pada penghujung tahun 1980-an dan telah banyak memberi manfaat kepada petani yang terlibat serta banyak menyumbang dalam pengeluaran daging ayam di negeri Sabah.

Pencapaian projek Ternakan Ayam Pedaging bagi tempoh 5 tahun ditunjukkan dalam jadual di bawah: 


TAHUN

BIL. PESERTA

DOC (EKOR)

BIL. AYAM DITUAI (EKOR)

BERAT AYAM DITUAI (KG)

BERAT AYAM DIPROSES (KG)

2003

296

1,324,300

1,219,426

2,466,611.00

0.00

2004

60

77,850

199,597

351,916.00

59,090.00

2005

16

199,200

153,388

340,540.00

102,610.00

2006

17

427,600

335,076

775,093.00

106,077.00

2007

18

436,300

392,757

822,520.00

350,784.00

2008

20

260,000 238,525 499,330.00 -
2009 23 441,766 370,856 792,390.00 -
2010 29 699,000 591,699 1,283,300.00 -


TANAMAN CENDAWAN


KPD telah memperkenalkan tanaman ini pada tahun 1992 kepada para petani di kawasan Kundasang dan seterusnya diperluaskan ke kawasan Moyog.  Projek ini juga dijalankan melalui 2 kaedah, iaitu perladangan secara kontrak dan juga di ladang milik KPD sendiri. Jenis cendawan yang ditanam adalah Shiitake, Ling Zhi, Tiram dan cendawan Jeli.

Jadual di bawah menunjukkan pencapaian projek Tanaman Cendawan bagi tempoh 5 tahun: 

TAHUN

BIL. PESERTA

PENGELUARAN (MT)

2003

143

16.31

2004

48

10.23

2005

72

13.17

2006

73

22.23

2007

73

30.62

2008 44 29.42
2009 70 25.98
2010 70 32.99


TERNAKAN LEBAH MADU


Projek ini mula diperkenalkan di Kota Marudu pada penghujung tahun 1980-an dan seterusnya dikembangkan ke daerah Kudat dan Pitas melalui perladangan secara kontrak.  Berdasarkan potensi ekonomi yang agak memberangsangkan melalui penternakan lebah madu, maka KPD mengambil keputusan untuk memulakan projek ini di kawasan-kawasan lain di negeri Sabah seperti Sipitang, Ranau, Telupid, Tambunan, Sook, Tenom dan Sapulut.  Pada masa kini KPD telah mula menternak lebah madu secara persendirian sama ada diusahakan di ladang milik KPD ataupun di ladang milik petani/pihak lain.  Ini bagi memastikan sumber bekalan madu lebah di pasaran konsisten memandangkan permintaannya yang tinggi.

Pencapaian projek Ternakan Lebah Madu bagi tempoh 5 tahun boleh dilihat dalam jadual berikut: 

TAHUN

BIL. PESERTA

PENGELUARAN (MT)

2003

101

4.36

2004

65

7.60

2005

107

10.11

2006

210

18.26

2007

151

19.96

2008 95 12.70
2009 367 12.70
2010 303 7.75

 

  PEMBANGUNAN PEMASARAN

KPD telah menceburkan diri dalam perkhidmatan pembelian dan pemasaran buah kelapa sawit segar (FFB) di kawasan Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Sandakan pada awal tahun 2000-an.  Program ini dilihat sebagai sebuah peluang perniagaan yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan disebabkan ramai pekebun kecil kelapa sawit di kawasan-kawasan terbabit yang memerlukan perkhidmatan seumpamanya.  Ternyata para pekebun kecil tersebut mendapat banyak faedah daripada perkhidmatan yang disediakan oleh KPD kerana mereka tidak lagi perlu  memasarkan hasil masing-masing terus ke kilang yang sudah semestinya menggunakan kos pengangkutan yang tinggi.

Pencapaian perkhidmatan ini dari segi bilangan peserta terlibat dan berat hasil yang dibeli dapat dilihat dalam jadual di bawah: 

TAHUN

BIL. PESERTA

PENGELUARAN (MT)

2003

98

3.99

2004

108

3.34

2005

474

10.99

2006

645

20.06

2007

713

24.57

2008 577 35.87
2009 727 49,033.00
2010 814 63,862.00

 

  BEKALAN AIR KUNDASANG

KPD adalah satu-satunya agensi Kerajaan yang diberikan peranan untuk membekal air kepada penduduk di negeri Sabah, khususnya di kawasan Kundasang, Ranau.  Perkhidmatan ini telah dimulakan pada akhir tahun 1982 dan seterusnya dirasmikan pada 17 April 1985.  Pada masa kini pengguna bekalan air adalah 211 buah kampung, 756 pengguna domestik dan 408 buah ladang. Manakala pengguna utamanya pula adalah Hotel Perkasa, Zen Garden, Pine Resort – Nabalu Lodge, Pekan Kundasang, SMK & SK. Kundasang, SK. Kimondou, Tadika/Tabika, rumah-rumah ibadat, Kem Bina Negara, Telekom Malaysia Berhad, Sabah Electricity Sdn. Bhd. dan Walai Tokou Homestay Sinisian.
 

 

Sebarang ralat (broken links) boleh dikemukakan ke Webmaster. Terima Kasih
Korporasi Pembangunan Desa, 1998 - 2010