Muka Depan
Pengenalan
Projek
Program
Perkhidmatan
Pencapaian
Piagam Pelanggan
Berita & Artikel
Arkib
Aplikasi
Direktori
Soal Jawab
Buku Pelawat
Pautan
  Pengenalan   Sejarah   Carta Organisasi

  Ahli Lembaga Pengarah KPD

ORGANISASI

  • Korporasi Pembangunan Desa atau KPD, sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah adalah salah satu agensi Kerajaan Negeri yang terlibat secara langsung dalam aktiviti projek sosio-ekonomi bagi membantu penduduk luar bandar meningkatkan taraf hidup masing-masing.

VISI

  • Agensi Kerajaan Negeri Yang Dinamik Dan Berdaya Saing Dalam Industri Asas Tani

MISI

  • Mengeluarkan produk-produk pertanian yang berkualiti secara komersial untuk pasaran tempatan dan antarabangsa;

  • Membantu merealisasikan dasar kerajaan dalam meningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam Negara; dan

  • Mempertingkatkan penyertaan masyarakat petani di luar bandar dalam industri asas tani.

MATLAMAT

  • Membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar khususnya dari segi ekonomi dan sosial;

  • Membantu meningkatkan pengeluaran hasil-hasil pertanian melalui pengurusan ladang moden dan komersial, serta mempercepatkan perkembangan industri asas tani;

  • Membantu melahirkan usahawan-usahawan bumiputera yang terlibat secara langsung dalam bidang pertanian; dan

  • Mengekalkan dan menambahkan nilai perolehan bersih keseluruhan Korporasi bagi sesuatu tempoh masa.

FUNGSI UTAMA

  • Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan untuk masyarakat petani di luar bandar;

  • Menjalankan aktiviti pemprosesan dan pemasaran semua hasil keluaran KPD secara komersial;

  • Membuka ladang-ladang baru yang diusahakan secara perlandangan kontrak dengan petani dan juga ladang milik KPD sendiri;

  • Mengusahakan dan melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan perindustrian yang berasaskan pertanian di dalam dan luar Negara; dan

  • Melakukan semua usaha serta tindakan yang diperlukan untuk mencapai tujuan Korporasi.

STRATEGI

  • Meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar melalui pendekatan 'Contract Farming';

  • Mempertingkat serta menambahbaik secara berterusan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan kecekapan pengeluaran hasil tani melalui sistem pengurusan kualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan.

PENGERTIAN LOGO KPD

Warna coklat keemasan melambangkan tanah subur yang bersesuaian untuk diterokai dengan aktiviti-aktiviti pertanian dan penternakan.

Warna Biru melambangkan keperluan bekalan air dalam membantu pembangunan sektor pertanian

Daun Berwarna Hijau menggambarkan penglibatan KPD dalam pembangunan pertanian yang menjadi teras kepada perniagaan KPD secara keseluruhannya. Perubahan warna daun-daun yang berperingkat merujuk kepada organisasi KPD yang bersifat dinamik, progresif, berwawasan dan komited untuk penambahbaikan berterusan organisasi.

Garisan Segiempat berwarna biru menunjukkan wujudnya kesepaduan dan keteguhan, semangat kerja berpasukan dan kesetiaan wargakerja dalam merealisasikan halatuju KPD.

Garisan Putih melambangkan wargakerja yang mendokong prinsip-prinsip keamanahan, ketelusan dan keterbukaan komunikasi serta mengamalkan nilai-nilai korporat yang murni.
 

 


Hakcipta Terpelihara Korporasi Pembangunan Desa, 1998 - 2010