Muka Depan
Pengenalan
Projek
Program
Perkhidmatan
Pencapaian
Piagam Pelanggan
Berita & Artikel
Arkib
Aplikasi
Direktori
Soal Jawab
Buku Pelawat
Pautan

PROGRAM

Pembangunan Kumpulan Sasaran

  Memberi latihan dan pendedahan berkaitan asas-asas pertanian kepada para
      petani serta belia dan beliawanis

Perkhidmatan Dan Pembangunan Pertanian

  Memberi khidmat nasihat teknikal kepada para peserta projek secara berterusan
     dari aspek pengurusan tanaman.
  Melaksanakan tanaman percubaan (trials) di kawasan-kawasan tertentu untuk
      menentukan kesesuaian seperti dari segi agronomi sebelum ianya diperkenalkan
      kepada peserta-peserta KPD untuk diusahakan secara komersial.
  Skim Perkhidmatan Bekalan Air Kundasang

Pusat Pemprosesan Pelbagaiguna

  Menyediakan pasaran perantaraan kepada hasil-hasil keluaran para petani.
  Memproses dan meningkat mutunya supaya dapat nilai jualan yang lebih tinggi.

Pembangunan Pemasaran/Perdagangan

  Mengenalpasti dan membuka pasaran bagi keluaran hasil-hasil para petani dan
     projek-projek KPD di pasaran tempatan dan diperingkat antarabangsa.

Pembangunan Ternakan

  Projek-projek pembangunan di bawah program ini akan dilaksanakan melalui dua(2)
     kaedah iaitu perladangan kontrak dengan petani dan perladangan milik sendiri di
     kawasan-kawasan yang sesuai bagi menjamin konsistensi pengeluaran hasil serta
     memaksimumkan kegunaan sumber-sumber dan kemudahan yang ada.
 
  Aktiviti-aktiviti teras yang akan diberi tumpuan dibawah program ini adalah seperti
     berikut:
          - Ternakan Ayam pedaging
          - Ternakan Kambing
          - Ternakan Lebah madu
          - Ternakan Ikan air tawar

Pembangunan Tanaman

  Projek-projek pembangunan di bawah program ini akan dilaksanakan melalui dua(2)
     kaedah iaitu perladangan kontrak dengan petani dan perladangan milik sendiri bagi
     menjamin konsistensi pengeluaran hasil.
 
  Aktiviti-aktiviti teras yang akan diberi tumpuan di bawah program ini termasuklah:
           - Tanaman cendawan
           - Tanaman ubi kentang
           - Tanaman kelapa sawit
           - Semaian benih kelapa sawit
           - Tanaman sayur-sayuran
           - Tanaman buah-buahan

 


Hakcipta Terpelihara Korporasi Pembangunan Desa, 1998 - 2009