Muka Depan
Pengenalan
Projek
Program
Perkhidmatan
Pencapaian
Piagam Pelanggan
Berita & Artikel
Arkib
Aplikasi
Direktori
Soal Jawab
Buku Pelawat
Pautan
Penanaman Cendawan Ternakan Lebah Madu
Ternakan Kambing Penanaman Vanilla

PROJEK PENANAMAN CENDAWAN


Cendawan Shiitake
 


Pengenalan

Korporasi Pembangunan Desa (KPD) telah memperkenalkan Projek Cendawan pada tahun 1989 di kawasan Moyog, Penampang dan Kundasang, Ranau.  Projek ini dilaksana dengan menggunakan konsep Perladangan Kontrak di antara pihak KPD dengan para petani di kawasan tersebut.

Bagi memastikan bekalan bibit cendawan yang berkualiti disediakan secara berterusan kepada para peserta projek, KPD telah membina sebuah Pusat Pengeluaran Bibit Cendawan di Masilau, Kundasang  pada tahun 1991.  Walau bagaimanapun pusat ini hanya mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1992 dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 3,000 p'p' bag per batch.  Selepas itu pusat ini sentiasa membuat penambahbaikan bukan sahaja dari segi kuantiti pengeluaran tetapi juga kaedah pemprosesan p'p' bag serta kualiti dan jenis bibit yang dikeluarkan.  Sejak tahun 1995 pusat ini berupaya menghasilkan bibit cendawan sebanyak 5,500 p'p' bag per batch. Kini Pusat Pengeluaran Bibit Cendawan tersebut dikenali dengan nama Borneo Mushroom selaras dengan konsep hala tuju KPD yang baru.

Sebagai perakuan dan pengiktirafan terhadap usaha-usaha KPD untuk mempertingkatkan kualiti projek ini, Borneo Mushroom telah dianugerahkan sijil HALAL, MS-ISO 9001:2000 dan SALM (Skim Akreditasi Ladang Malaysia) pada tahun 2007.  Pemberian sijil SALM ini  membolehkan KPD mengguna jenama Malaysia's Best dalam produk cendawan keluarannya.

Objektif

1.    Meningkatkan hasil pengeluaran cendawan yang berkualiti

2.    Menyediakan sumber pendapatan yang berterusan kepada para peserta projek

3.    Membantu kerajaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan

Aktiviti Yang Dijalankan

1.   Membekal bibit cendawan (substrak dalam Polypropylene Bag yang telah diinokulasi
      dengan benih cendawan) kepada petani (peserta projek), pengusaha persendirian
      dan di ladang KPD sendiri.

2.   Memberi khidmat nasihat teknikal mengenai pemeliharaan cendawan kepada
      para  peserta projek Perladangan Kontrak.

3.   Memberi Kursus Teknikal Pemeliharaan Cendawan berbayar kepada orang awam yang
      berminat.

4.   Menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada petani atau pengusaha
      persendirian  yang membeli bibit dari Borneo Mushroom.

Jenis Produk Yang Dikeluarkan

1.   Bibit cendawan

2.   Cendawan segar (Cendawan Shiitake, Cendawan Tiram dan Cendawan Telinga Kera)

3.   Cendawan kering (Ling Tze Slices)

4.   Ling Tze Coffee

5.   Ling Tze Tea


      Produk Ling Tze Coffee dan Ling Tze Tea yang dikeluarkan di Borneo Mushroom

Khasiat Cendawan

(Sumber dari Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)

1.   Cendawan Shiitake (Lentinus endodes)
      -
Mengandungi Lentinan iaitu ubat antikanser.  Juga diguna sebagai terapi imun untuk
        kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara.
      - Merencat kejadian semula kanser.
      - Meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfosit dan makrofaj melawan
        bakteria, virus, sel tumor dan toksin.



 

2.   Cendawan Ling Tze (Ganoderma sp.)
      -
Menghalang dan merawat kanser.
      - Meningkatkan sistem imun: antiallergik, anti-radang, antiviral, antibakteria dan
        antioksidan.
      - Melegakan/merawat paru-paru yang rosak akibat asma dan masalah pernafasan
        lain.
      - Melindungi hati dengan meningkatkan proses detoksifikasi.


3.   Cendawan Tiram (Pleurotus spp.)
      -
Mengawal atur darah – anti-thrombotik, merendahkan tekanan darah, kandungan
        glukosa dan lipid.
      - Meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria.
      - Merencat pertumbuhan tumor.
      - Antioksidan dan aktiviti perlindungan gen.

 

 

 

 

 

 

 

 

4.    Cendawan Telinga Kera (Auricularia sp.)
      -
Merawat gangguan kardiovaskular: memecah darah beku, mengawal atur tekanan
        darah, merendah kolesterol dan lipid.
      - Antioksidan dan melindungi dari kerosakan DNA.
      - Boleh mengurangkan berat badan.

Nilai Nutrisi

1.    Mengandungi protin dan kabohidrat yang tinggi

2.    Kaya dengan vitamin dan zat galian

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai projek ini bolehlah berhubung terus kepada alamat di bawah:

Projek Cendawan
Korporasi Pembangunan Desa
Aras 2, Wisma Pertanian Sabah
Jalan Tasik, Luyang
(Off Jalan Maktab Gaya)
Beg Berkunci 86
88998 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel:  +6088 291301
Fax:  +6088 291354 

Laman Web:  http://www.sabah.gov.my/kpd
E-mail:  kpd@sabah.gov.my

 


Pemandangan kompleks Borneo Mushroom yang terletak
di Masilau, Kundasang
 


Rumah cendawan milik peserta projek KPD
 


Rumah cendawan milik KPD sendiri
 


Mesin yang digunakan untuk memproses bibit cendawan
 

 

 


Hakcipta Terpelihara Korporasi Pembangunan Desa, 1998 - 2009