Muka Depan
Pengenalan
Projek
Program
Perkhidmatan
Pencapaian
Piagam Pelanggan
Berita & Artikel
Arkib
Aplikasi
Direktori
Soal Jawab
Buku Pelawat
Pautan
  Soal Jawab   Borang Maklumbalas

SOAL JAWAB

Maklumat dalam laman ini telah dikemaskini pada 5 November 2008.

1. Adakah KPD mempunyai skim untuk membantu para penternak memasarkan hasil-hasil ternakan mereka?
2. Bagaimanakah saya boleh melayakkan diri untuk menyertai program-program KPD?
3. Bagaimanakah saya boleh menempah tapak lokasi penjualan di KPD Teluk Likas? Berapakah bayarannya?


Jawapan untuk soalan-soalan di atas:

1. Adakah KPD mempunyai skim untuk membantu para penternak memasarkan hasil- hasil ternakan mereka?

Jawapan: KPD hanya membantu (dari segi pemasaran) petani-petani dan penternak-penternak yang mengikuti program KPD sahaja. Walau bagaimanapun, para penternak boleh memasarkan hasil-hasil ternakan di Tamu KPD yang diadakan dua (2) kali sebulan. Keterangan lanjut mengenai tarikh Tamu KPD boleh didapati di laman Tamu KPD. Untuk tempahan petak penjualan, hubungi Bahagian Pemasaran KPD Teluk Likas di talian 088-261937 (En. Joseph Gumpil).

Ke atas semula


2. Bagaimanakah saya boleh melayakkan diri untuk menyertai program-program KPD?

Jawapan: Untuk menyertai program KPD, anda perlu mempunyai kriteria dan kelayakan seperti yang disenaraikan di bahagian Program & Perkhidmatan KPD. Jika anda menetapi kesemua kriteria tersebut, anda bolehlah menghubungi salah satu daripada lima (5) pejabat kawasan KPD Sabah yang berdekatan untuk tindakan selanjutnya.

Ke atas semula


3. Bagaimanakah saya boleh menempah tapak lokasi penjualan di KPD Teluk Likas? Berapakah bayarannya?

Jawapan: Sebenarnya, terdapat dua (2) aktiviti berlainan di lokasi tapak KPD, Likas iaitu Tamu KPD dan Pasar Borong KPD. Bayaran untuk menyertai Tamu KPD ialah RM6.00 sehari bagi yang bukan petani KPD dan RM4.00 sehari bagi petani KPD. Bayaran untuk gerai pasar borong KPD ialah RM100.00 sebulan. Walau bagaimanapun barangan yang hendak dijual untuk kedua-dua aktiviti tersebut adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Untuk memohon, pemohon perlu pergi Pejabat Bahagian Pemasaran, Kompleks Pemasaran KPD, Tanjung Lipat Likas. Nombor telefon untuk dihubungi adalah (088) 260837 atau (088) 260411.

Ke atas semula

 

Sebarang ralat (broken links) boleh dikemukakan ke Webmaster. Terima Kasih
Korporasi Pembangunan Desa, 1998 - 2009