PROGRAM

Pembangunan Usahawan

  • Jaringan kerja antara KPD dengan OISCA-International Japan dan Japan International Cooperation Agency (JICA).

  • Menyediakan pakej program latihan yang berasaskan industri pertanian termasuk aspek-aspek kejenteraan ladang pertanian, pemprosesan makanan dan program pembangunan manusia

  • Meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk desa melalui pembangunan modal insan kepada para petani serta belia dan beliawanis

  • Menerapkan nilai-nilai murni kepada belia-beliawanis seperti semangat rajin bekerja, berdisiplin, komited, berdikari, sikap taat kepada pemimpin, kerajaan dan negara.

Pembangunan Pemasaran/Perdagangan

  • Meningkatkan syer dan saiz pasaran produk KPD seperti cendawan, madu, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya di pasaran tempatan dan eksport

  • Perkhidmatan pembelian dan penjualan buah tandan segar (FFB)kelapa sawit membantu pekebun kecil kelapa sawit untuk mengatasi masalah pengangkutan dan penjualan hasil

  • Merupakan perniagaan teras KPD yang menumpukan aktiviti seperti:
       1. Pemasaran Am
       2. Jual-Beli Buah Tandan Segar Kelapa Sawit (FFB)

Program Ternakan

  • Matlamat Program Pembangunan Ternakan adalah memperbesarkan skel operasi untuk mempertingkatkan pengeluaran hasil ternakan.

  • Projek-projek pembangunan di bawah program ini akan dilaksanakan melalui dua (2) kaedah iaitu Perladangan Kontrak dengan petani dan Ladang milik KPD sendiri di kawasan-kawasan yang sesuai bagi menjamin konsistensi pengeluaran serta  memaksimumkan kegunaan sumber-sumber dan kemudahan yang ada

  • Merupakan perniagaan teras KPD yang menumpukan aktiviti seperti:

    • Ternakan ayam Pedaging & ayam Kampung

    • Ternakan Lebah Madu

    • Ternakan Kambing

    • Ternakan Ikan Air Tawar

Program Tanaman

  • Matlamat Program Pembangunan Tanaman adalah memperbesarkan skel operasi untuk mempertingkatkan pengeluaran hasil pertanian.

  • Projek-projek pembangunan di bawah program ini akan dilaksanakan melalui dua (2) kaedah iaitu perladangan kontrak dengan petani dan perladangan milik sendiri bagi menjamin konsistensi pengeluaran hasil

  • Merupakan perniagaan teras KPD yang menumpukan aktiviti seperti:

    • Pemeliharaan Cendawan

    • Tanaman Herba, Rempah dan Aromatik

    • Tanaman Kelapa Sawit

    • Tanaman Pomelo

Program Pemprosesan

  • Menyediakan pasaran perantaraan kepada hasil-hasil keluaran para petani

  • Memproses dan manambahnilai produk untuk pasaran tempatan dan eksport

Program Pembasmian Kemiskinan

  • Program 1 AZAM diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada tahun 2010

  • Meningkatkan pendapatan, taraf hidup dan kualiti hidup golongan Miskin Tegar dan Miskin yang berdaftar dalam e-Kasih

  • Projek-projek yang tersenarai dalam Program 1 AZAM di bawah bimbingan KPD adalah seperti berikut

Projek

Sasaran Peserta

Sasaran Lokasi

Penternakan ayam kampung

200

Pantai Barat (Kota Belud, Tuaran, Penampang, Putatan, Papar, Beaufort, Sipitang)

Penternakan lebah madu

100

Seluruh sabah

Tanaman Herba, Rempah &
Aromatik

100

Seluruh sabah

Tanaman Pomelo

30

Tenom

Tanaman Cendawan Shiitake

10

Moyog (Penampang), Kundasang
(Ranau)

Jumlah

440

-