PERKHIDMATAN JUAL BELI BTS
 

Pengenalan

Di kawasan Tawau perkhidmatan jual beli Buah Tandan Segar (BTS) telah diperkenalkan pada tahun 2000 sebagai salah satu usaha untuk menjana pendapatan KPD. Perkhidmatan ini ternyata mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pekebun kecil kerana kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk menghantar buah sawit ke pusat timbang atau kilang. Kini Perkhidmatan Jual Beli BTS telah dikembangkan ke kawasan-kawasan lain khususnya di Pantai Timur Sabah iaitu di Semporna, Kunak, Silabukan, Tungku dan Segama.

 

Objektif

  1. Membeli FFB pembekal dengan harga yang berpatutan berdasarkan harga pasaran semasa.

  2. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan hasil pekebun kecil dengan caj yang berpatutan.

 

Aktiviti Yang Dijalankan

Pembelian BTS Secara Bergerak:

  1. KPD akan mengangkut hasil kelapa sawit pembekal dari ladang dan dihantar terus ke pusat timbang atau kilang swasta yang berhampiran.

  2. Pembelian BTS di Pusat Timbang KPD menyediakan 3 pusat timbang yang terletak di Silabukan, Tungku dan Segama. Pembekal boleh menghantar sendiri BTS mereka ke pusat- pusat timbang yang berhampiran.

Alamat penuh premis Pusat Timbang KPD adalah seperti berikut:-

Korporasi Pembangunan Desa
Pusat Timbang BTS Silabukan
Lot LA206/58, KM 18, Jalan Tungku
Lahad Datu, Sabah

dan

Korporasi Pembangunan Desa
Pusat Timbang BTS Tungku
Kg. Makuau, Tungku
KM 60, Jalan Tungku
Lahad Datu, Sabah
 

Korporasi Pembangunan Desa
Pusat Timbang BTS Segama
KM 10, Jalan Berasrama Penuh
Off Jalan Segama,
Lahad Datu, Sabah

Sebarang pertanyaan mengenai projek ini bolehlah berhubung terus dengan alamat di bawah:- 
 

Kumpulan Tanaman Pertanian
Korporasi Pembangunan Desa
Aras 2, Wisma Pertanian Sabah
Jalan Tasik, Luyang (Off Jalan Maktab Gaya)
Beg Berkunci 86
88998 Kota Kinabalu, Sabah

Tel:  +6088 291323, 363, 372
Fax:  +6088 291354