LATARBELAKANG & FUNGSI LSNS

LATARBELAKANG

PENUBUHAN

Lembaga Sukan Negeri Sabah yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Sukan dan Kebudayaan atau LSKS pernah diwujudkan pada 01 September 1976 menurut Enakmen No. 13 Tahun 1976 tetapi oleh sebab-sebab yang tertentu Lembaga Sukan dan Kebudayaan Sabah dibekukan pada Disember 1978.

Lembaga Sukan dan Kebudayaan Sabah telah dihidupkan semula pada 01 Januari 1981 di bawah Enakmen No. 19 Tahun 1981. Seterusnya dengan adanya Enakmen baru ini, lembaga ini berfungsi semula di bawah naungan Kementerian Pembangunan Belia, Kebudayaan dan Kemajuan Sukan Negeri.

PEMISAHAN

Pada 31 Disember 1996, Lembaga Sukan Negeri Sabah dan Kebudayaan Sabah telah dipisahkan kepada dua entiti yang berasingan, masing-masing dikenali sebagai Lembaga Sukan Negeri Sabah dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Lembaga Sukan Negeri Sabah masih diwujudkan di bawah Enakmen No. 19 Tahun 1981.

FUNGSI

  • a) Fungsi Lembaga menurut Bahagian (V) 24 Enakmen No. 19/81 hendaklah menubuhkan dan menyenggarakan Pusat-Pusat yang akan dikenali sebagai pusat-pusat sukan bagi maksud-maksud:-
    • i) meninggikan taraf kegiatan-kegiatan sukan termasuk penyeliaan pada semua peringkat sukan di Sabah;
    • ii) memulakan rancangan latihan dan rancangan-rancangan lain yang boleh memberi sumbangan yang paling baik kepada kehendak-kehendak khas dan tenpatan Negeri Sabah;
    • iii) menyiarkan tujuan, matlamat dan kegiatan pusat-pusat;
    • iv) menasihatkan kelab-kelab, persatuan-persatuan atau institusi-institusi mengenai perkara-perkara yang meliputi semua aspek sukan menurut kelayakan kakitangan Pusat-pusat itu;
    • v) berkhidmat sebagai forum bagi membincangkan masalah pertubuhan pengurusan dan penyeliaan dalam pemajuan sukan;
    • vi) menubuhkan dan menyenggarakan pertubuhan dengan agensi-agensi seumpamanya atau yang lain;
    • vii) melakukan semua perkara yang bersampingan dengan atau berbangkit dari pelaksanaan fungsi-fungsi di bawah Enakmen ini.
  • b) Lembaga boleh mengenakan apa-apa bayaran yang difikirkannya patut bagi kursus latihan, kuliah, perundingan atau penyiasatan atau perkhidmatan lain yang disediakan atau dijalankan oleh Pusat-Pusat.