Sukan Tradisi Sabah

Pendahuluan

Seperti pada tahun-tahun lepas, Sukan Tradisi adalah merupakan salah satu daripada acara yang diadakan sempena dengan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah. Dalam konteks ini, Lembaga Sukan Negeri Sabah diberikan tanggungjawab dan peranan sebagai Jawatankuasa Penganjur untuk merangka dan seterusnya melaksanakan program yang telah dirancang.

Borang-borang penyertaan boleh diperolehi di Pejabat Am, Ibu Pejabat Lembaga Sukan Negeri Sabah, Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada masa pejabat atau menghubungi melalui talian telefon Urusetia Jawatankuasa Sukan Tradisi seperti di bawah untuk sebarang pertanyaan/maklumat:-

  • 1. Puan Clare Jimoning : 016 - 8386292 (H/P) / 088 - 240 717 (Pejabat)
  • 2. Cik Carolyn Patrick : 019 - 8238366 (H/P) / 088 - 215 739 (Pejabat)

atau melalui internet di alamat : http://www.sabah.gov.my/ls

Pendaftaran penyertaan juga boleh dibuat pada hari acara tersebut dijalankan iaitu sebelum acara pertandingan dimulakan.Untuk makluman, semua borang pendaftaran juga boleh diperolehi melalui Pejabat-Pejabat Daerah dan Pejabat-Pejabat PKR diseluruh Negeri Sabah. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus kepada:-

Urusetia,
Jawatankuasa Sukan Tradisi Pesta Kaamatan
Peringkat Negeri Sabah Tahun 2016
Lembaga Sukan Negeri Sabah,
Beg Berkunci 142,
88994 KOTA KINABALU.
Faks : 088 - 217830

atau e-mel ke alamat : lsns@sabah.gov.my

Acara Dipertandingkan

Jenis Sukan Categori
a) Gusti Tangan (Mipulos) Lelaki/Wanita
b) Melastik (Momolisitik) Lelaki/Wanita
c) Menyumpit (Monopuk) Lelaki/Wanita
d) Rampanau (Berjalan menggunakan Galah Berkaki) Lelaki/Wanita
e) Terompak Gergasi Campuran (Lelaki/ Wanita)
f) Angkat Padi (Mamagandal) Lelaki sahaja
g) Tumbuk Padi (Tumutu) Campuran (Lelaki/Wanita)
h) Mobpiri Mangapui (Menyalakan Api) Lelaki/Wanita
i) Migazat Dukug (Tarik Tali) Lelaki/Wanita
j) Tobijurung (Membujak ) Lelaki Sahaja
k) Monungkava Kalabau Lelaki/Wanita
 
Terbuka kepada semua individu yang berumur 18 tahun ke atas pada 30 Mei 2013. Penyertaan adalah percuma. Walaubagaimanapun, sebarang kos perbelanjaan yang terlibat untuk menyertai acara ini adalah ditanggung oleh peserta itu sendiri.

Objektif

  • a) Memperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat samada dalam atau luar negeri tentang kewujudan Sukan Tradisi yang diwarisi secara turun-temurun dari zaman dahulu oleh kaum etnik di Negeri Sabah;
  • b) Mengetengahkan Sukan Tradisi agar dapat diketahui oleh masyarakat umum terutamanya generasi kini dan pelancong asing tentang bagaimana rupa, bentuk dan cara ianya dimainkan;
  • c) Memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat samada dalam atau luar negeri untuk mencuba dengan sendiri sukan tersebut;
  • d) Menghidupkan semula semangat sukan ini sendiri supaya ianya kembali segar dalam pemikiran masyarakat terutamanya generasi sekarang. Ini secara langsung boleh membantu untuk menyemarakkan semangat ingin mencuba sukan tersebut secara individu atau berkumpulan apabila balik ke tempat masing-masing kelak; dan
  • e) Semua golongan lapisan masyarakat yang hadir dari pelbagai suku etnik samada tempatan dan bukan tempatan akan dapat bertemu, berinteraksi antara satu sama lain serta saling berkenalan yang mana secara tidak langsung mengukuhkan perpaduan antara kaum yang telah sedia terjalin.