Visi, Misi & Objektif

VISI

" Menyumbangkan ke arah melahirkan atlet-atlet cemerlang dan masyarakat yang sihat, aktif dan produktif melalui penyediaan kemudahan sukan "

MISI

" Lembaga Sukan Negeri Sabah menyediakan kemudahan sukan untuk atlet sukan berprestasi tinggi, masyarakat am dan juga menyediakan kemudahan pertandingan mengikut piawaian sukan di semua peringkat "

OBJEKTIF

  • a) Menyediakan dan mentadbir kemudahan sukan melalui sistem pengurusan yang berkualiti agar kemudahan ini sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, para belia dan dewasa serta atlet berprestasi tinggi yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan, kecergasan dan kecemerlangan sukan dalam suasana mesra, selesa dan selamat.
  • b) Meningkatkan penggunaan kemudahan sukan dalam pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi dalam kalangan masyarakat.
  • c) Menjadikan kemudahan sukan si bawah pengurusan Lembaga menjadi tempat/lokasi utama bagi sebarang aktiviti seperti kejohanan dan acara penting yang lain, termasuklah acara peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
  • d) Mewujudkan perkongsian/kerjasama antara Lembaga Sukan Negeri Sabah dengan pelbagai organisasi tempatan, kebangsaan dan antarabangsa yang terlibat dengan program promosi, pembangunan dan kemajuan sukan di negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya.
  • e) Membantu meningkatkan mutu pentadbiran, pengurusan dan kejurulatihan sukan.
  • f) Membantu meningkatkan prestasi atlet negeri dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.