:  
Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
MAFI Web Web Lain

Sejarah Penubuhan

Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Pertanian dan Perikanan ditubuhkan pada Tahun 1963. Pada masa itu Kementerian ini dipertanggungjawabkan kepada urusan yang berkaitan dengan Pertanian, Perikanan, Perkhidmatan Haiwan, Karantina, Penyelidikan bidang Pertanian dan Penternakan. Kementerian ini juga mengawasi perkara yang berkaitan dengan pembangunan dan kepentingan koperasi.

Semasa penubuhannya pada tahun 1963 hanya dua agensi pelaksana diletakkan dibawah Kementerian Pertanian dan Perikanan iaitu Jabatan Pertanian (yang juga meliputi Cawangan Perkhidmatan Haiwan dan Cawangan Perikanan) dan Lembaga Tabung Getah Sabah.

Pada 2 Februari 1968, Lembaga Padi Sabah telah ditubuhkan sebagai salah satu agensi pelaksana dibawah Kementerian ini. Walau bagaimanapun Lembaga Padi Sabah dibubarkan pada tahun 1982.

Pada bulan Mei 1968, Cawangan Perikanan telah dipisahkan daripada Jabatan Pertanian untuk dijadikan entiti tersendiri menjadi Jabatan Perikanan. Jabatan Perikanan memainkan peranan menjaga kepentingan sektor perikanan, akuakultur dan juga pembangunan industri perikanan.

Pada bulan Januari 1976, Cawangan Perkhidmatan Haiwan dipisahkan daripada Jabatan Pertanian menjadi entiti sendiri yang dikenali sebagai Jabatan Haiwan dan kini dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak. Jabatan ini memainkan peranan dalam usaha membangunkan sektor ternakan dan juga menjaga kepentingan industri ternakan.

Pada tahun 1978, Koperasi Rakyat Sabah yang ditubuhkan dibawah akta Pertubuhan Koperasi 1993 telahpun diletakkan dibawah naungan Kementerian ini sehingga tahun 1990. Pada tahun 1980, dua agensi pelaksana yang sebelum ini diletakkan dibawah bidang kuasa Jabatan Ketua Menteri telah juga diletakkan dibawah Kementerian ini. Agensi tersebut ialah Korporasi Pembangunan Desa (Rural Development Corporation) atau nama singkatannya KPD dan Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Sabah Fisherman and Fisheries Development Corporation) atau nama singkatannya KO-NELAYAN.

Pada 30hb Jun 1995, Yayasan Usaha Maju menjadi agensi yang terakhir yang diletakkan dibawah bidang kuasa Kementerian. Walau bagaimanapun Yayasan Usaha Maju telahpun diambil alih pentadbirannya oleh Kementerian Kewangan pada tahun 2005.

Pada Bulan Mac 1999, nama Kementerian ini ditukarkan menjadi Kementerian Pembangunan Pertanian dan Industri Pemakanan selaras dengan penekanan Kerajaan Negeri terhadap pengeluaran makanan. Pada bulan April 2000, nama Kementerian ini sekali lagi diubah kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan nama ini kekal hingga hari ini.

Jabatan dan Agensi

    JPS
    Ko Nel
    JPHPT
    KPD
    DOA
    LIGS
    DOF
       

Alamat Perhubungan

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Aras 7 & 8, Wisma Pertanian,
Jalan Tasik Luyang , Beg Berkunci 2049,
88624, Kota Kinabalu Sabah.

Pertanyaan / Aduan :
Sila Emel Kepada Mafi@sabah.gov.my
Tel :088-283625