Bahagian Perkhidmatan Am

BAHAGIAN PERKHIDMATAN AM

Objektif:-

Memastikan tahap kebersihan sentiasa berada pada tahap maksima dan khidmat kemasyarakatan yang berkesan dan berterusan.

Fungsi:-

  • Mengurus perkhidmatan sampah dan menjaga kebersihan seperti taman-taman awam, tempat-tempat penjaja, kawasan tamu, kedai, tandas awam, dewan dan kawasan-kawasan dalam bidang kuasa Majlis.
  • Melaksanakan kerja-kerja memotong rumput di di kawasan pekan, tepi-tepi longkang dan kawasan taman.
  • Perkhidmatan kecemasan seperti memotong kayu yang tumbang dan bencana alam.

Bahagian Kesihatan

BAHAGIAN KESIHATAN

OBJEKTIF:-

Memastikan keadaan pekan dan premis-premis perniagaan sentiasa dalam keadaan bersih dan indah dan aktiviti-aktiviti perniagaan dijalankan dengan sihat serta berdasarkan peraturan kawalan yang dikuatkuasakan.

FUNGSI:-

  • melaksanakan aktiviti penguatkuasan Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit 1975
  • Akta Pencegahan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961,
  • Melaksanakan aktiviti pewasapan ( fogging ) serta pemantauan (outsourch) aktiviti fogging yang dijalankan oleh pihak Majlis.
  • Bertanggungjawab menyimpan dan mengemaskini data / reten rekod-rekod inventori pengurusan stor aktiviti kawalan vektor.
  • Menyediakan laporan aktiviti dan Membantu mangendali dan menguruskan bilik gerakan apabila berlaku wabak ( penyediaan lojistik )
  • Memastikan premis-premis makan dan minum kawasan seliaan mematuhi pekeliling berkenaan kebersihan dan kesihatan yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Beluran dari masa ke semasa.
  • Memeriksa, memastikan dan membuat pengredan tahap kebersihan dan keceriaan tandas-tandas awam dan permis dalam kawasan perkadaran Majlis Daerah Beluran.

Bahagian Pembangunan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN

OBJEKTIF:-

Memastikan pengurusan aktiviti-aktiviti pembangunan infrastruktur mengikut perancangan yang teratur dan meningkatkan sistem perancangan dan pembangunan sistematik.

FUNGSI:-

  • Penyediaan kos dan spesifikasi projek-projek pembangunan dan perlaksanan projek bandar dan luar bandar.
  • Memproses pelan pembangunan, bangunan, pembahagian tanah dan Sijil Menduduki Bangunan.
  • Membuat pemeriksaan projek-projek pembangunan, sebagai pemanggil tawaran, sebutharga dan menjadi Lembaga Tawaran.

 

UNIT LANSKAP

Aktiviti Utama  
a.  Pemotongan rumput.  
b.  Penyelenggaraan Tapak Semaian.
c.  Penyelenggaraan pokok kayu dan bunga yang sedia ada.
d.  Menanam pokok kayu dan bunga.

Bahagian Penguatkuasaan

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

OBJEKTIF

Unit Penguat kuasa ini adalah untuk melaksanakan tugas-tugas Penguatkuasaan Undang-undang Kecil Majlis Daerah Beluran dan memastikan semua peraturan Undang-undang Kecil yang terkandung di dalamnya dapat dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak.

FUNGSI

  • Menguat kuasa semua Undang-Undang Kecil Majlis Daerah Beluran.
  • Kawalan ke atas penjaja haram.
  • Kawalan pengiklanan.
  • Kawalan penjaja tamu..
  • Kawalan pembangunan haram (setinggan) dan penambahan haram bangunan
  • Menyelaras Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh Majlis.
  • Pemeriksaan lesen Majlis

PERLESENAN

  • Objektif
    Menyediakan perkhidmatan kawalan perniagaan yang lebih cekap, berkesan dan memenuhi kehendak pelanggan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
  • Fungsi
    Mengawal aktviti pengeluaran semua jenis lesen pembaharuan, pembatalan, rayuan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya
    Menyediakan perkhidmatan kawalan perniagaan yang lebih cekap, berkesan dan memenuhi kehendak pelanggan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Bahagian Kewangan

BAHAGIAN KEWANGAN

OBJEKTIF:-

Mewujudkan sistem pengurusan kewangan dan akaun yang sistematik dan memastikan sistem kewangan dan akaun Majlis selaras dengan Arahan Kewangan Kuasa-kuasa Tempatan.

FUNGSI:-

Mengurusan dan pentadbiran kewangan.

  • Tempat pemungutan hasil.
  • Pembayaran baucer.
  • Pengurusan akaun Majlis
  • Penyediaan anggaran hasil dan perbelanjaan.
  • Penilaian hartabenda.
  • Penilaian semula hartabenda.
  • Menyelanggara Rekod Pemegang Harta.

Mengutipan pelbagai hasil Majlis.

  • Kutipan bayaran Ses Tanah.
  • Kutipan bayaran Lesen.
  • Kutipan bayaran Pelan.
  • Kutipan bayaran Iklan.
  • Lain-lain bayaran kepada Majlis.

Melaksanakan pelbagai pembayaran.

  • Bayaran Gaji dan Elaun.
  • Bayaran bil-bil.
  • Pembayaran projek pembangunan.

More Articles...

  1. Bahagian Pentadbiran
Majlis Daerah Beluran QualityJoomlaTemplates.