Latar belakang MDBLN

Print

LATAR BELAKANG AGENSI

 

Majlis Daerah Beluran adalah satu Badan Kuasa Tempatan dibawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang ditubuhkan pada tahun 1961.

Keluasan Majlis Daerah Beluran lebih kurang 7,699 ekar meliputi tiga (3) kawasan pekan seperti berikut:

Pekan Beluran yang mempunyai keluasan lebih kurang 3,840 ekar.

Pekan Telupid yang mempunyai keluasan   3,109 ekar.

Pekan Kecil Paitan seluas 750 ekar dan masih lagi dalam tahap untuk di bangunkan.

Majlis Daerah Beluran mula diwujudkan pada tahun 1972 dengan hanya seorang kerani di mana pada mulanya Majlis ini ditadbir oleh Pejabat Daerah Beluran. Pada tahun 1974 Majlis Daerah Beluran mempunyai seorang Pegawai kerja, dua ( 2 ) orang pekerja tetap dan tujuh ( 7 ) orang buruh kasar.

Pada keseluruhannya Majlis Daerah Beluran telah ditadbir oleh 18 orang Ahli Majlis, seorang pegawai Eksekutif yang dilantik oleh kementerian kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Pengerusi Majlis adalah Pegawai Daerah Beluran. Pengurusan majlis mula berpindah ke bangunan sendiri daripada bangunan Pejabat Daerah Beluran pada 01. Januari, 1993. Pegawai Eksekutif yang telah berkhidmat di Majlis Daerah Beluran adalah seperti berikut:

 

NAMA TAHUN BERKHIDMAT
EN. DENNIS TWEENING RANTAU 1974  -  1978
EN.ALFRED MARUKIN MASANG 1979  -  1987
EN.HAJI ABDUL WAHAB HAJI ALFAH 1987  -  1988
EN.ALFRED MARUKIN MASANG 1988  -  1991
EN.WOLFRED MAARUF GANTIU 1991  -  1995
EN.JOHANIS MUALAS 1995  -  2001
EN.ALFRED MARUKIN MASANG 2001  -  2003
EN.ADAM VALENTINE 2003  -  2005
EN.MOHAMAD RAFIK HAJI ABDUL JUBAR 2005  -  2006
EN.SOUDI SAMY @ ANDANG 2006  -  2009
EN.HAMSAD HAJI ABDUL WAHID 2009  -  2012
EN.HUIL BIN BINUA 2012  -  2014
EN.WOLFRED MAARUF GENTIU 2014  -  2016
EN.HARUN BIN ARIFFIN  2016  - Sekarang

 

 

 

 

 

                                                                                          Tarikh Kemas kini : 17hb.September,2019

Hakcipta Terpelihara © Majlis Daerah Beluran
DiPerbaharui Pada : 18/07/2014
TERMA & SYARAT | DASAR PRIVASIDASAR KESELAMATAN
PENAFIAN :
Majlis Daerah Beluran tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakkan di atas penggunaan apa jua maklumat yang terpapar di dalam kandungan laman ini.
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1280 x 800, pelayar IE8, Mozila Firefox, Google Chrome.
 
 
 
 
Majlis Daerah Beluran QualityJoomlaTemplates.