Majlis Daerah Kinabatangan

Design by Za Studio

Maklumat Pengurusan

Perutusan Kakitangan Majlis Struktur Organisasi Ahli-Ahli Majlis Kelab Sukan dan Rekreasi

Pautan Utama

 

 

 

 

Perkhidmatan

Saiz Font

 1.  Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan

  • Objektif Bahagian

Memantapkan urus tadbir Majlis untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan.

  •  Bahagian pentadbiran terbahagi kepada 3 unit iaitu :-

i.       Unit Pengurusan Hal-ehwal Korporat

Objektif :-

l  Memastikan keberkesanan pengurusan dalam menyampaikan sistem perkhidmatan kepada pelanggan.

l  Memberikan layanan yang mesra pelanggan kepada setiap aduan dan meningkatkan hubungan kepada masyarakat melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan..

l  Menjaga dan meningkatkan imej Majlis Daerah Kinabatangan selaras dengan misi dan visinya.

Fungsi Utama :-

l  Urusan Protokol.

l  Mengurus dan mengendalikan mesyuarat Majlis.

l  Mengurus pembelian alat tulis, alat kelengkapan pejabat dan pakaian seragam kakitangan.

l  Mengurus pembelian kenderaan.

l  Mengurus penggunaan dan penyelengaraan kenderaan.

l  Pengurusan Stor.

l  Pengurusan Fail.

l  Pencetakan dan Penjilidan.

ii.      Unit Pengurusan Sumber Manusia

Objektif :-

l  Mewujudkan jentera pentadbiran pengurusan yang mantap, cekap dan berkesan.

l  Membentuk anggota yang berpengetahuan, berkemahiran dan berwaspada ke arah peningkatan produktiviti kualiti perkhidmatan cemerlang melalui kursus dan latihan.

l  Membentuk sistem maklumat pengurusan sumber manusia yang unggul. 

Fungsi Utama :-

l  Merancang dan mengatur struktur dan carta organisasi serta menilai keberkesanan fungsi setiap bahagian.

l  Mengurus perlantikan , tatatertib dan pemecatan.

l  Pengurusan Penilaian Prestasi Kakitangan.

l  Merancang dan melaksanakan latihan kakitangan.

l  Merancang dan melaksanakan jadual dan senarai tugas kakitangan serta dasar-dasar Majlis.

l  Mengambil tindakan kepada semua pekeliling-pekeliling kerajaan yang berkaitan. 

iii.     Unit Teknologi Maklumat (ICT)

Objektif :-

l  Mewujudkan kakitangan yang celik komputer bagi meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan selaras dengan konsep Kerajaan Elektronik.

Fungsi Utama :-

l  Mengkaji pembangunan ICT dan menentukan keperluan kemudahan ICT Majlis.

l  Memperkembangkan serta memperluaskan penggunaan ICT di Majlis selaras dengan dasar Kerajaan Elektronik  dalam mempertingkatkan penggunaan aplikasi-aplikasi Web seperti Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2), e- Cuti , e-Pekeliling, dan e-Jemputan selain dari e-Mail.

l  Memberi latihan ICT dan khidmat sokongan secara berterusan kepada semua kakitangan Majlis.

l  Membangun dan menyelenggara Laman Web Majlis Daerah Kinabatangan dari masa ke semasa.

iv.     Bahagian Tongod

 Objektif :-

l  Untuk memastikan perkhidmatan harian berjalan dengan lancar selaras dengan bidang tugas yang telah ditetapkan.

l  Memandangkan pada masa kini daerah Tongod masih lagi di bawah kawalan Majlis Daerah Kinabatangan maka untuk menjaga kepentingan dan hasrat masyarakat di kawasan tersebut maka Bahagian Tongod diwujudkan.

l  Pada masa ini Majlis Daerah Kinabatangan telah menempatkan tiga belas orang kakitangan Pekerja Rendah Awam bagi menjalankan unit-unit berikut:-

 

                    1.          Unit Dewan

-       Mengatur tempahan dewan termasuk menyusun kerusi dan jadual tempahan

-       Menerima bayaran dan sewa dewan, mengeluarkan resit dan menyerahkannya kepada bahagian hasil di Pejabat Majlis Daerah Kinabatangan pada setiap hujung bulan.

-       Memastikan keadaan lampu dan bangunan dewan seperti tandas, gelanggang badminton dan luar dewan dibersihkan.

 

                   2.            Unit Perkhidmatan Pekan

-       Menjaga Kebersihan sampah tempat-tempat awam seperti kawasan kedai, tandas, pasar dan gerai.

-       Mengurus dan melaksanakan kerja-kerja pemotongan rumput di kawasan kedai, dewan, gerai, tandas awam dan kawasan tamu serta kawasan jalan raya kawasan pecan.

-       Membersihkan parit dan longkang di kawasan komersial dan dewan.

 

  •     Menerima dan memproses permohonan lessen-lesen perniagaan berikut;
  1. -       Lesen Tamu
  2. -       Lesen Penjaja
  3. -       Lesen Makan dan Minum
  4. -       Lesen Barang-Barang Kawalan (Offensive Trade)
  5. -       Lesen Gunting Rambut
  6. -       Lesen Simpan Minyak dan Gas
  7. -       Lesen Karaoke
  8. -       Lesen Hiburan
  9. -       Billiard Saloon 

 

Waktu

Hubungi Kami

Majlis Daerah Kinabatangan 
W.D.T No.8 
90200 Kota Kinabatangan
Sabah

No.Telefon: 089-560101,102

No.Faks: 089-560109

Pilihan Bahasa

Malay English

Kalendar

April 2019
MTWTFSS
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930

Statistik

Visitors
5
Articles
18
Web Links
2
Articles View Hits
29862

Kemaskini

  • Dikemaskini pada: Tuesday 13 October 2015, 04:44:26.