PENGENALAN DAERAH LAHAD DATU

 Gambar Pekan Lahad Datu  Lahad Datu terletak  di  kawasan Pantai   Timur negeri  Sabah di  Bahagian    Tawau. Kedudukan daerah ini  adalah    pada latitud 5* 1’  utara dan longlitud  118* 19’  timur. Jarak daerah Lahad  Datu  dengan ibu negeri  Sabah, Kota Kinabalu  llebih  kurang 500km. Dari Kota  Kinabalu daerah ini boleh  dihubungi      dengan jalan  darat, udara dan laut.    Sementara itu daerah berdekatan dengan Lahad    Datu ialah Tawau, Sandakan,  Kunak, Semporna dan Kinabatangan. Keluasan Daerah Lahad Datu pula ialah seluas 6,500 kilometer persegi. Pekan Tungku dan Felda Bandar Sahabat termasuk dalam kawasan Lahad Datu.

 

SEJARAH

Suatu ketika dahulu Daerah Lahad Datu merupakan pengeluar kayu balak terbesar di Sabah. Semasa pemerintahan Chartered Company (Pemerintahan British) Daerah Lahad Datu merupakan pusat pengeluaran tembakau yang beroperasi di Segama selain penanaman kelapa untuk menghasilkan kopra. Lahad Datu mendapat nama apabila pada masa dahulu orang-orang sulu berpangkat datu dari Filipina datang dan tinggal di sini. Bermula dari itu, daerah ini dipanggil atau dinamakan Lahad  bermakna negeri dan Datu  sempena nama gelaran Datu-datu yang datang dan tinggal disini.

 

PENDUDUK

Berdasarkan kepada bancian penduduk yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2007, Daerah Lahad Datu mempunyai jumlah penduduk seramai 306,306 orang yang mana seramai 84,601 orang merupakan populasi penduduk dalam kawasan Bandar manakala 222,892 orang pula merupakan populasi penduduk di kawasan luar bandar.

 

EKONOMI

Jika suatu ketika dahulu Daerah Lahad Datu merupakan pengeluar kayu balak terbesar di Negeri Sabah, kini  merupakan kawasan penanaman kelapa sawit terbesar di Sabah melalui FELDA,  syarikat-syarikat lain serta orang perseorang yang membuka ladang penanaman kelapa sawit yang menghasilkan minya kelapa sawit. Penanaman tanaman yang lain seperti getah, koko dan kelapa masih lagi diusahakan yang menyumbang kepada ekonomi daerah ini. Sektor perikanan juga merupakan sektor penting di daerah ini.

 

PEMBANGUNAN

 

Kawasan Perumahan

 

Dalam era globalisasi kini, Daerah Lahad Datu juga tidak ketinggalan dalam merasakan pembangunan yang semakin hari semakin berkembang pesat termasuklah pembangunan yang melibatkan kawasan-kawasan perumahan. Sehingga ke hari ini, Daerah Lahad Datu mempunyai 37 buah taman perumahan dengan jumlah pegangan harta sebanyak 4,528 buah.

 

Kawasan Perindustrian/Komersial

 

Dengan pewujudan POIC sejak dua tahun lepas, membolehkan pembangunan infrastruktur berjalan serentak dan seterusnya menjana ekonomi penduduk terutama dari segi pertambahan penduduk, pembangunan hartanah serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan. POIC di bawah SDC akan memainkan peranan penting dalam mempromosi industri pemprosesan minyak sawit hiliran dan bertindak sebagai pemangkin untuk mengembangkan lagi sektor perindustrian dan pertanian di Negeri Sabah

 Kemudahan Perkhidmatan Kesihatan

 

Dalam memenuhi keperluan rakyat, Daerah Lahad Datu juga mempunyai beberapa pusat kesihatan yang dapat memeberikan perkhidmatan kesihatan dan seterusnya menjamin kesejahteraan penduduk daerah keseluruhannya. Sebuah hospital yang  bertaraf moden dan lengkap dengan peralatan perubatan yang canggih telah siap dibina pada tahun 2001, termasuklah menyediakan kuarters bagi kakitangan hospital berkenaan. Selain daripada itu, terdapat 4 buah klinik kerajaan termasuk sebuah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak yang disediakan dikawasan bandar. Sebanyak 9 buah klinik swasta serta 3 buah klinik pergigian turut dibuka di kawasan bandar dan 10 buah Klinik Desa, dibina di kawasan luar bandar. Dengan jumlah pusat/kemudahan kesihatan di Daerah Lahad Datu,ini menunjukkan bahawa aspek-aspek kesihatan turut menjadi faktor penting dalam pembangunan sesebuah tempat.

 Sistem Perhubungan dan Pengangkutan 

 

 Daerah Lahad Datu dihubungkan dengan bandar-bandar lain di negeri Sabah melalui beberapa lebuhraya-lebuhraya seperti Lebuhraya Kunak-Lahad Datu dan Lebuhraya Lahad Datu-Sandakan. Daerah ini juga mempunyai sebuah lapangan terbang yang boleh menampung kapal terbang jenis Fokker 50. Pembangunan yang semakin hari semakin berkembang pesat termasuklah pembangunan yang melibatkan kawasan-kawasan perumahan. Sehingga ke hari ini, Daerah Lahad Datu mempunyai 37 buah taman-taman perumahan dengan jumlah pegangan harta sebanyak 4,528 buah.

 

<<Keluar