LATAR BELAKANG

Majlis Daerah Penampang telah diwujudkan pada tahun 1958. Pada ketika itu ia dikenali dengan nama Jesselton Rural District Council atau pendeknya JRDC. Kawasan-kawasan jajahan Jesselton Rural District Council pada ketika itu adalah Pekan Telipok sehingga ke Kampung Likas, Kawasan Taman Foh Sang, Taman Stephen dan keseluruhan Daerah Kecil Penampang dan ia berpejabat di Pejabat Daerah Kecil Penampang.

Barisan Kakitangan Majlis Daerah Luar Bandar Kota Kinabalu 1972
Yang Dipertua Majlis Daerah Luar Bandar Jesselton yang pertama ialah Pegawai Daerah Jesselton, Mr. Blow D.S.O. dimana Ketua Eksekutif ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Penampang. Ahli-ahlinya terdiri daripada Ketua-Ketua Anak Negeri: O.K.K. Laiman Diki bin Siram, Mojimbun Majangkim, Tan Ping Hing, Ewan bin Empok dan Ahsai bin Ghani; Kapitan-kapitan Cina: Encik Foo Ah Kau (Penampang), Encik Wong Nam Fatt (Telipok), Encik Chin Nyuk (Menggatal), Encik Chin Tsun Yin (Inanam) dan Encik Ng Swee Hock (Putatan); Pemilik-pemilik Harta: Mr. W.C. Callard (Estet Lok Kawi) dan Encik Julius Makajil (Penampang).

Pada tahun 1966, Ordinan Kerajaan Tempatan (1961) telah diubah dimana semua ahli-ahli Majlis adalah dilantik oleh Menteri Kerajaan Tempatan Sabah. Dengan pertukaran nama Jesselton ke Kota Kinabalu maka nama JRDC turut bertukar nama kepada KKRDC (Majlis Daerah Luar Bandar Kota Kinabalu). Apabila Lembaga Bandaran Kota Kinabalu telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Kota Kinabalu pada tahun 1978, ia telah mengambil keseluruhan daerah Kota Kinabalu dan nama Majlis Daerah Luar Bandar Kota Kinabalu turut ditukarkan kepada Majlis Daerah Penampang.

Pada 18 Mac 1997, Daerah Kecil Putatan telah ditubuhkan dengan rasminya bagaimanapun, pentadbiran pihak kuasa tempatan di daerah tersebut masih dibawah jagaan Majlis Daerah Penampang.


Pilihan Bahasa

Carian

PENGERUSI MAJLIS

ENCIK HENRY IDOL

PEGAWAI EKSEKUTIF MDPG

ENCIK TANG YANG MING

Jumlah Pelawat

» 2 Pelawat Semasa
» 8 Pelawat Hari Ini
» 81 Pelawat Kelmarin
» 203 Pelawat Minggu Ini
» 976 Pelawat Bulan Ini
» 10519 Pelawat Tahun Ini
» 10519 Jumlah Keseluruhan Pelawat

 Array ( [memory] => 0.037399291992188 [seconds] => 0.014595985412598 )