PERANAN & FUNGSI

Peranan

Pihak berkuasa tempatan adalah kerajaan diperingkat tempatan yang bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan dan melaksanakan pembangunan ekonomi, sosial, fizikal dan persekitaran bandar mengikut sempadan pentadbiran yang telah diwartakan.

Disamping bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan juga berperanan memberi perkhidmatan seperti berikut:

·         Pembekal Pekhidmatan 
·         Pihak Berkuasa Perancang Tempatan 
·         Pemangkin Pembangunan Sosial & Ekonomi 
·         Pelindung Alam Sekitar Bandar 
·         Pengutip Hasil Cukai

Fungsi

Fungsi Utama Majlis Daerah Penampang sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan adalah seperti berikut:

Perkhidmatan Perbandaran
Pemungutan sampah, pemotongan rumput, pembersihan parit, pembersihan kawasan bandar dan pekan di seluruh daerah Penampang termasuklah 195 buah taman perumahan, 46 buah kawasan komersial, 24 buah kawasan perindustrian, dua buah Tamu, dua buah Pasar, 19 buah bangunan kerajaan persekutuan/negeri, 15 buah sekolah dan 72 buah kampung.

Pembangunan serta Perumahan
Merancang serta memproses pelan-pelan pembangunan, pelan-pelan bangunan, menyelia dan menjalankan projek-projek infrastruktur di bawah peruntukan negeri dan persekutuan serta menyelenggara fasiliti serta kemudahan-kemudahan awam dan harta-harta Majlis.

Penguatkuasaan Undang-Undang Majlis serta Kepentingan Majlis
Menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Majlis selaras dengan Ordinan Kerajaan Tempatan, Ordinan Hiburan Awam dan Ordinan Pelesenan di seluruh kawasan perkadaran Majis termasuk permit-permit yang dikeluarkan oleh Majlis, menjaga dan menguatkuasa kepentingan-kepentingan Majlis serta membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima dari masa ke semasa.

Pelesenan
Memproses dan menerima semua jenis permohonan lesen termasuk permit, membuat pemeriksaan terhadap permohonan baru dan membuat kawalan terhadap syarat-syarat pelesenan bersama dengan Bahagian Penguatkuasaan Majlis.

Kesihatan Persekitaran
Membuat pengawalan terhadap tahap kebersihan persekitaran di seluruh kawasan perkadaran Majlis termasuk pematuhan kesihatan premis-premis makanan, kawalan anjing liar, memeriksa dan mengambil tindakan terhadap aduan-aduan berkaitan kesihatan dalam pengawalan vektor di Daerah Penampang.

Penilaian Harta dan Percukaian
Membuat penilaian serta mengemaskini data-data berkaitan harta-harta Majlis, membuat penilaian/melaksanakan percukaian, penyukatan serta mengemaskini data-data pemili/pembayar cukai di kawasan perkadaran Majlis.

Pengurusan Kewangan
Membuat pengutipan pelbagai hasil Majlis, melaksanakan pembayaran, menyediakan anggaran tahunan, membuat perancangan kewangan serta melaksanakan pengurusan kewangan berdasarkan kepada Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 serta Akta Acara Kewangan dan Arahan Perbendaharaan yang berkuatkuasa.

Pentadbiran dan Sumber Manusia
Melaksanakan pengurusan surat-menyurat, penyimpanan dan penyelenggaraan rekod pemfailan, pengurusan dewan-dewan Majlis, pengurusan Aset Alih serta rekod kenderaan Majlis, pengurusan Sumber Manusia dan Kebersihan serta Kawalan Keselamatan bangunan Majlis Daerah Penampang.

Program-Program Pembasmian Kemiskinan
Melaksanakan serta menguruskan peruntukan-peruntukan yang disalurkan kepada Majlis Daerah Penampang oleh Kerajaan negeri mahupun persekutuan seperti Kementerian Kesejahteraan Bandar dan Wilayah Persekutuan untuk tujuan program-program pembasmian kemiskinan kepada golongan sasar fakir miskin di Daerah Penampang yang tersenarai dalam senarai e-kasih.

Kecantikan dan Keceriaan Bandar
Merancang keceriaan dan kecantikan bandar serta kawasan lapang di bawah bidang kuasa Majlis. Mengurus dan menyelenggara lanskap (softscape dan hardscape) di taman-taman Majlis, taman-taman permainan, kawasan pembahagi jalan serta kawasan lapang di kawasan-kawasan taman perumahan dalam perkadaran Majlis.

ICT
Berusaha memantapkan perancangan ICT bagi memastikan pelaksanaan adalah selaras dengan visi Kerajaan bagi menghasilkan Perkhidmatan Awam yang lebih cekap dan berkualiti.


Pilihan Bahasa

Carian

PENGERUSI MAJLIS

ENCIK HENRY IDOL

PEGAWAI EKSEKUTIF MDPG

ENCIK TANG YANG MING

Jumlah Pelawat

» 1 Pelawat Semasa
» 56 Pelawat Hari Ini
» 69 Pelawat Kelmarin
» 279 Pelawat Minggu Ini
» 729 Pelawat Bulan Ini
» 13943 Pelawat Tahun Ini
» 13943 Jumlah Keseluruhan Pelawat

 Array ( [memory] => 0.037101745605469 [seconds] => 0.010075092315674 )