PROGRAM BANDAR SELAMAT
Latar Belakang Program Bandar Selamat

Program Bandar Selamat di Malaysia diwujudkan pada tahun 2004 di atas arahan cabinet yang bermesyuarat pada 28 januari 2004. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diarahkan untuk menyediakan Program Bandar Selamat untuk diwujudkan alam persekitaran Bandar yang lebih selamat. Majlis Negara untuk Kerajaan Tempatan pada oktober 2004 mengerahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) utama melaksanakan Program Bandar Selamat.

Sehingga tahun 2009, sebanyak 39 PBT bertaraf Bandaraya dan Perbandaran menyerti dan melaksanakan beberapa langkah PBS berdasarkan kepada tahap jenayah dan kemampuan kewangan PBT. Tiada peruntukan khusus PBS diadakan oleh KPKT dan PBT oleh kerana perlaksanaan langkah PBS perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada fungsi sedia ada PBT seperti pembersihan kawasan semak, penyediaan kemudahan keselamatan serta kawasan landskap dan sebagainya.


Penubuhan Unit Khas NKRA Bandar Selamat

Pada 16 april 2010, lanjutan daripada perlaksanaan inisiatif Lab NKRA mengurangkan jenayah melalui Program Bandar Selamat, Unit Khas NKRA Bandar Selamat telah ditubuhkan secara pentadbiran di bawah pengendalian Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), En. Kamaruddin bin Shamsudin, Pn. Siow Suan Neo sebagai ketua unit Khas NKRA Bandar Selamat bersama dengan 12 orang Pegawai telah ditugaskan untuk melaksanakan semua inisiatif yang telah ditetapkan dalam Lab NKRA.

Fungsi Unit ini adalah:-

1.   Mempertingkatkan peranan Jabatan Perancang Bandar dan Desa selaras dengan keperluan seksyen 20 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172 untuk menggalakan dan menyelaraskan berhubung dengan segala aspek perancangan Bandar dan desa.

2.   Memperluaskan Program Bandar Selamat daripada komponen bebas dari keganasan kepada baki tiga komponen utama:-
·       Bebas dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam
·       Bebas dari kemerosotan sosial dan moral
·       Bebas dari kemalangandalam dan luar bangunan nyawa, menyelaras dan memantau perlaksanaan Program Bandar Selamat oleh semua PBT termasuk di Sabah dan Sarawak
·       Menjadi pentadbiran dan pengurus SPBS (Pembangunan Gis Jenayah dan Bandar Selamat) yang dibangunkan pada tahun 2010 yang dihubungkanterus  daripada Police Reporting system (PRS) Polis DiRaja Malaysia
·       Menjadikan JPBD sebagai pusat rujukan Malaysian Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED) untuk meningkatan kualiti hidup dengan mengwujudkan alam persekitaran  Bandar yang lebih selamat
·       Mencapai semua sasaran yang dipertanggungjawabkan JPBD di bawah NKRA mengurangkan jenayah iaitu:-
a.     Sehingga 2012, semua PBT perlu melaksanakan Program Bandar Selamat
b.     Sehingga 2013, sekurang-kurangnya 90% Bandar di Malaysia dikategori sebagai terbaik dalam mengurangkan jenayah


Pilihan Bahasa

Carian

PENGERUSI MAJLIS

ENCIK HENRY IDOL

PEGAWAI EKSEKUTIF MDPG

ENCIK TANG YANG MING

Jumlah Pelawat

» 2 Pelawat Semasa
» 76 Pelawat Hari Ini
» 69 Pelawat Kelmarin
» 145 Pelawat Minggu Ini
» 701 Pelawat Bulan Ini
» 4051 Pelawat Tahun Ini
» 4051 Jumlah Keseluruhan Pelawat

 Array ( [memory] => 0.037445068359375 [seconds] => 0.017619848251343 )