Cukai pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas setiap harta berkadar yang terletak di kawasan pentadbiran kadaran Majlis dan cukai ini digunakan untuk menampung segala kos pentadbiran Majlis serta kos penyediaan dan penyelenggaraan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan kepada pembayar-pembayar cukai.
Apakah Harta-Harta Berkadar Yang Wajib Dikenakan Cukai Pintu ?
Harta-harta berkadar yang wajib dikenakan cukai pintu ialah termasuklah mana-mana pegangan hakmilik/geran hartanah yang mempunyai atau tidak apa-apa bangunan atau apa-apa struktur yang terletak di atas tanah atau melekap mati di atas tanah mengikut peruntukan Seksyen 72, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Pindaan 2000).
Apakah Harta-Harta Berkadar Yang Boleh Dikecualikan Cukai Pintu?
Tempat beribadah (seperti Masjid, Gereja, Kuil dan sebagainya)
Tanah perkuburan awam
Bangunan-bangunan sekolah dan tidak menghasilkan keuntungan
Harta-harta yang digunakan kebajikan dan tidak menghasilkan keuntungan seperti hospital dan klinik awam
Tempat riadah dan sukan serta tidak menghasilkan keuntungan
Harta-harta Majlis
Harta-harta yang mempunyai nilai tahunan kurang daripada RM150.00
Harta-harta yang diluluskan Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan diwartakan dalam Warta Kerajaan
Siapakah Yang Bertanggungjawab Ke atas Cukai Pintu?
Cukai pintu ini dipertanggungjawabkan kepada pemilik/penghuni ke atas harta-harta berkadar mengikut peruntukan Seksyen 82, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961
Cukai pintu ini boleh dituntut daripada penyewa/penghuni ke atas harta-harta berkadar tersebut mengikut peruntukan Seksyen 92, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961
» 2 Pelawat Semasa
» 114 Pelawat Hari Ini
» 250 Pelawat Kelmarin
» 1430 Pelawat Minggu Ini
» 6146 Pelawat Bulan Ini
» 6146 Pelawat Tahun Ini
» 64122 Jumlah Keseluruhan Pelawat