SEJARAH / ASAL USUL DAERAH TUARAN


 

 

Persoalan tentang bila dan siapakah yang menamakan Daerah ini sebagai Tuaran sukar dipastikan. Yang jelas penempatan ini telah sedia wujud sebelum kedatangan penjajah daripada Barat. Satu bentuk sistem  pentadbiran yang bercirikan pentadbiran feudal Brunei telah lama wujud di Daerah ini  berdasarkan kepada hakikat bahawa beberapa pembesar yang dilantik oleh Kerajaan Brunei daripada kalangan rakyat tempatan. Kewujudan nama Tuaran terbukti telah dikenali dan menggunakan nama sebutan kawasan ini dalam surat-surat rasmi pihak berkuasa British sebelum mereka menjejak kaki ke bumi Sabah. Satu surat yang membuktikan hakikat ini ialah surat Sir Stamford Raffles ketika beliau menjadi Gabenor British di Jawa pada tahun 1813. Raffles telah menulis kepada Setiausaha British di India  untuk memohon  kebenaran memasuki Borneo Utara dengan alasan bahawa adanya pelawaan daripada Sultan Brunei. Pelawaan oleh Kerajaan Brunei adalah didesak oleh masalah lanun yang berleluasa di kawasan Jawaran (Tuaran) dan kawasan Jampasoo (Tempasuk). Di dalam surat tersebut Raffles menulis seperti berikut:

 

"The present Sultan of Borneo Proper (Brunei) is understood to be well disposed not given the   encouragement of piratical enterprise, notwithstanding  the shelter  is accorded to pirates  in almost every river in his domain,a number of petty states  having arisen beyond the reach of his authority and control. The most prominent  of these states are the states of Jawaran(Tuaran) and Jampasoo (Tempasuk) to the northward of Borneo Proper………

"It has been reported that Jawaran send about 50 prows (perahu) belonging to this states is estimated about 150 with from  one to two hundred guns.The large prows armed with 10 feet long probably 12 and 18 paunders. Their crews consisting 80-200 men. The lanoons are the most considerable, formidable of these eastern pirates. There is little doubts that we the (East India Company)should be justified in the immediate destruction of these prows.”

 

Persoalan mengapa Daerah ini  di namakan Tuaran sukar dipastikan, pertama kerana gelaran 'Tuaran atau Jawaran ' telah diketahui semenjak tahun 1813. Semua teori yang diketengahkan oleh berbagai pihak melalui kajian sebekum ini sukar dipercayai kerana  kebanyakan teori  tidak disokong oleh ketepatan masa dan fakta. Daerah ini disebut Tuaran bersempena dengan nama sungai Tuaran iaitu satu-satunya sungai yang amat penting di Daerah Tuaran. Sungai ini pula memang dikenali dengan nama Tuaran dan melalui kajian yang dibuat dalam kalangan  penduduk kampung di sepanjang sungai Tuaran iaitu  Kg.Tudan, Tuaran (satu kampung yang terletak di hulu sungai Tuaran) hingga ke Kg. Sahbandar iaitu kampung yang terletak di muara sungai Tuaran  Hal ini jelas menunjukkan bahawa orang-orang yang telah lahir sebelum merdeka telah lama mengenali sungai ini sebagai sungai Tuaran. Dalam erti kata lain, nama sungai tersebut ialah Tuaran telah dikenali dengan nama tersebut sejak dahulu lagi.