Anda di sini : Laman Utama > Mengenai KKTP >

     
    PERUTUSAN MENTERI  

    Selamat datang ke Laman Web Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

    Kementerian saya sebagai sebuah jentera eksekutif Kerajaan Negeri mempunyai peranan yang begitu luas merangkumi segala aspek pentadbiran 23 buah Pihak Berkuasa Tempatan keseluruhannya serta agensi-agensi di bawah kementerian iaitu Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar dan Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri.

    Selaras dengan hasrat dan polisi Kerajaan di dalam Teknologi Maklumat (IT) pada masakini, infrastruktur teknologi internet yang disediakan akan membolehkan kementerian saya untuk memuatkan dan berkongsi maklumat-maklumat penting berhubung dengan fungsi-fungsi kementerian ini, fungsi-fungsi Pihak Berkuasa Tempatan serta perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan, undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa, maklumat--maklumat berkaitan dengan pelesenan, pembangunan dan sebagainya.

    Oleh kerana fungsi kementerian ini dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah berkait-rapat dengan masyarakat umum yang terdiri daripada penduduk setempat, para peniaga, pelabur serta pelancong, saya berharap melalui laman web kementerian ini banyak maklumat dan perkhidmatan yang dikehendaki akan dapat diketahui dan diperolehi dengan lebih mudah, cepat dan berkesan.

    Sekali lagi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web kami. Laman web ini akan diperlengkapkan dengan lebih banyak maklumat dan dikemaskini dari masa ke semasa.

    Yang benar, 
    ( YB DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI HAJI NOOR ) 
    MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN, SABAH