Anda di sini : Laman Utama > Mengenai KKTP > Piagam Pelanggan

     
    PIAGAM PELANGGAN  
    1) Semua permohonan yang berkaitan dengan perjawatan dan perkhidmatan kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan diberi jawapan dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima dengan syarat semua dokumen yang diperlukan lengkap dan teratur.

     
    2) Semua permohonan ASP oleh Pihak Berkuasa Tempatan diberi kelulusan dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat semua dokumen yang diperlukan lengkap dan teratur.

     
    3) Tuntutan geran diproses dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh tuntutan diterima dengan syarat semua dokumen yang diperlukan lengkap dan teratur.

     
    4) Semua proses permohonan perlantikan pembekal/ kontraktor akan disiapkan dalam tempoh 30 hari bekerja dengan syarat semua dokumen yang diperlukan lengkap dan teratur.

     
    5) Memproses dan meluluskan pengecualian tatacara tender projek pembiayaan PBT dalam tempoh 7 hari bekerja.

     
    6) Memproses dan meluluskan pengecualian tatacara tender projek pembiayaan Kerajaan Negeri dalam tempoh 30 hari bekerja.

     
    7) Memproses dan meluluskan permohonan lesen pemajuan perumahan dan permit iklan dan jualan dalam tempoh 30 hari bekerja dengan syarat semua dokumen yang diperlukan lengkap dan teratur.

     
    8) Memproses dan meluluskan pengecualian 30% simpanan perumahan khas untuk bumiputra dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat semua dokumen yang diperlukan lengkap dan teratur.

     
    9) Memproses, meluluskan dan mengembalikan jaminan bank kepada pemaju perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat semua dokumen yang diperlukan lengkap dan teratur.

     
    10) Semua permohonan pewartaan perkadaran diselesaikan dalam tempoh 30 hari bekerja dengan syarat semua dokumen yang diperlukan lengkap, teratur dan tertakluk kepada jabatan yang berkaitan mengambil tindakan dalam tempoh tersebut. 

     
    11) Keputusan permohonan lesen hiburan disampaikan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas mesyuarat jawatankuasa perlesenan diadakan dalam tempoh 2 bulan sekali.

     
    12) Memproses baucer pembayaran terhadap perkhidmatan dan pembekalan dalam tempoh 9 hari bekerja dari tarikh penerimaan invois/tuntutan dengan syarat tuntutan lengkap dan teratur.

     
    13) Semua aduan yang diterima daripada orang awam disiasat dan diberi jawapan tidak lebih dari 14 hari bekerja daripada tarikh aduan diterima. 

     
    14) Semua kes aduan perumahan yang diterima akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari bekerja daripada tarikh pemfailan dengan syarat semua dokumen yang diperlukan lengkap dan teratur.