• 2
  • 3
  • wowslider
  • kad raya 2017
21 32 43 kad raya 20174

    Anda di sini : Laman Utama > Mengenai KKTP > Latar Belakang

     
    latar belakang  
  • “Kerajaan Tempatan” merupakan satu pembahagian geografi dalam sebuah negara yang berdaulat atau separa daulat, yang mana melaksanakan kuasa pemerintah dalam sebuah kawasan yang tertentu dan ianya berada dibawah kuasa Kerajaan Negeri masing-masing.

  • Kerajaan Tempatan mempunyai kedudukan yang sah dari segi undang-undang, yang mana ianya kerajaan yang boleh didakwa dan mendakwa dan boleh melibatkan diri dalam sebarang perjanjian atau kontrak.

  • Kerajaan Tempatan merupakan “Kerajaan Peringkat Ketiga” dalam struktur Persekutuan di Malaysia.

  • Kerajaan Tempatan di Sabah ditubuhkan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961 (No. 11) berkuatkuasa pada 1hb. Januari 1962 di bawah GN No. 134 bertarikh 15 November 1961.

  • Selepas pilihanraya Majlis Undangan Negeri 1963, pentadbiran Kerajaan Tempatan diwujudkan berasingan daripada urusetia dengan pengwujudan Kementerian Kerajaan Tempatan.

  • Pada tahun 1967, Kementerian ini dinamakan sebagai Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

  • ORDINAN KERAJAAN TEMPATAN 1961 :

  • OKT 1961 terbahagi kpd 15 bahagian yang memberi kuasa, tanggungjawab dan fungsi kepada Pihak Berkuasa Tempatan Sabah.

  •  
  • Perkembangan Kerajaan Tempatan di Negeri Sabah :

  •  
     
  • 1931 : ‘Sanitary Boards’ (SB) diperkenalkan di Jesselton, Sandakan, Tawau dan Labuan iaitu sebahagian daripada pejabat-pejabat daerah.

  • 1954 : SB diasingkan daripada pejabat Majlis Daerah bagi penubuhan Majlis Daerah Luar Bandar (MDLB) / Lembaga Bandaran (LB) dibawah ‘Municipalities and Urban Authorities Ordinance 1954.

  • 1961 : Kedudukan MDLB dan LB diperbaiki dibawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (OKT).

  •  
    punca kuasa  
  • Semasa penubuhan awal Kementerian ini, beberapa Ordinan telah digunapakai bagi memastikan kementerian dapat menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan berkesan. Ordinan-ordinan ini telah diperbaiki dan ditambah mengikut kesesuaian dan juga peredaran zaman.

  •  
      (i) Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (No. 11)
    (ii) Ordinan Perancangan Bandar dan Desa 1950 (Cap. 141)
    (iii) Ordinan Pentadbiran Luar Bandar 1951 (Cap. 132)
    (iv) Ordinan Mahkamah Anak Negeri 1952 (Cap. 86)
    (v) Ordinan Hiburan Awam 1958 (No. 23)
    (vi) Rent Control (Business premises) Enactment 1960
    (vii) Ordinan Kesihatan Awam 1960 (No. 7)
    (viii) Ordinan Anjing 1960 (No.24)
    (ix) Ordinan Petroleum 1961
    (x) Enakmen Perumahan (Pengawalan dan Pelesenan Pemaju-Pemaju Perumahan) 1978
    (xi) Enakmen Penguasa Pembangunan Perumahan dan Bandar, 1981.

     
  • Kementerian ini juga bertanggungjawab bagi memastikan semua Undang-Undang Kecil dan Peraturan-Peraturan dibuat di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan/Enakmen diselaraskan secara teratur dan dikuatkuasakan oleh PBT. Kementerian juga bertanggungjawab dalam menyediakan draf Undang-Undang Kecil serta peraturan dan pindaan-pindaan berkaitan dengan undang-undang.
  •