MAKLUMAN SERANGAN SIBER RANSOMWARE 'BAD RABBIT'

 

YBhg. Datuk/YBrs. Datuk Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian kepada perkara yang tertera di atas.

2. Kita semua berkemungkinan berhadapan lagi dengan ancaman siber ransomware terbaru dan pada masa ini, dikenali sebagai ‘Bad Rabbit’ yang telah dikesan menular di benua Eropah. RansomwareBad Rabbit ini adalah sejenis variasi daripada ransomeware WannaCry yang mengancam pada bulan Mei lalu dan juga ransomeware Petya yang berlaku pada bulan Jun. Keterangan lanjut ada dilampirkan.

3. Seperti juga jangkitan ransomeware WannaCry dan Petya, jangkitan Bad Rabbit ini akan mengakibatkan penggunaan komputer anda akan terhenti serta-merta kerana komputer anda telah dikunci melalui kaedah enkripsi. Wang tebusan sebanyak 0.05 Bitcoin bersamaan lebih kurang RM1185.00 (kadar tukaran matawang asing terkini) akan diminta untuk membuka enkripsi tersebut. Walaubagaimanapun, tidak ada jaminan penyelesaiannya boleh didapati setelah pembayaran dibuat oleh itu, pembayaran wang tebusan adalah tidak digalakkan.

4. Diajukan lampiran fail ‘sgcert-5-2017[BadRabbit]’ dalam bentuk format pdf yang menerangkan maksudnya sendiri termasuk kaedah pengukuhan dan pencegahan untuk meminimakan jangkitan Bad Rabbit ini. Juga dilampirkan contoh paparan skrin jangkitan ransomeware ini untuk tatapan dan perhatian masing-masing.

5. Kerjasama YBhg. Datuk/YBrs. Dr./Tuan/Puan dalam hal ini amatlah diperlukan dan didahului dengan ucapan terima kasih demi untuk menjaga imej semua agensi dalam Sektor Awam Negeri Sabah.

Untuk sebarang pertanyaan, sila ajukan melalui emel kami : keselamatan.jpkn@sabah.gov.my

Sila klik sini untuk maklumat lanjut: Keterangan lanjut ; Contoh

Sekian, Terima kasih.

 

 

Kembali : Laman Utama