PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN HAL EHWAL PENGGUNA

 

  • Memberikan perkhidmatan kebajikan kepada semua warganegara Malaysia yang tinggal tetap di Sabah yang memerlukannya mengikut kriteria yang ditetapkan;
  • Memberi perkhidmatan kebajikan yang berbentuk pencegahan, pemulihan dan perlindungan dengan percuma;
  • Memberi perkhidmatan perpustakaan kepada orang ramai di seluruh Daerah Negeri Sabah ;
  • Mempertingkatkan penglibatan wanita dalam proses pembangunan Negeri dan Negara melalui perancangan, penyelarasan serta pemantauan pelaksanaan dasar, strategi dan program pembangunan bagi menyediakan landasan kukuh ke arah kemajuan yang menyeluruh selaras dengan Dasar Wanita Negara;
  • Memantau dan memastikan harga barangan pengguna terkawal dan berada di tahap yang dibenarkan;
  • Memberi barangan Bantuan Program Perkhidmatan Sosial yang pada ketika ini terdiri daripada minuman susu UHT, bekalan alat tulis seperti pensil, pen dan buku tulis, pakaian seragam dan kasut sekolah, mengikut spesifikasi yang ditetapkan, secara percuma kepada murid-murid sekolah.

 

 

Kembali