PIAGAM PELANGGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN HAL EHWAL PENGGUNA

 

Adalah komited:
  • Memastikan program Kementerian dan Jabatan-Jabatan di bawahnya dilaksanakan selaras dengan hasrat dan Dasar Kerajaan Negeri.
  • Memastikan pengurusan yang cekap dan berkesan, peka kepada isu kualiti dan produktiviti.
  • Memastikan bahawa program-program yang dilaksanakan oleh Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian menepati sasarannya.
  • Memastikan bahawa pengagihan bantuan Program Sosial ke sekolah-sekolah mengikut peraturan serta garis panduan yang ditetapkan serta menepati sasaran.
  • Mengambil tindakan dan maklumbalas ke atas surat-surat yang diterima dalam tempoh tujuh (7) hari.
  • Memastikan penyelarasan yang lebih berkesan terhadap semua program Kementerian dan Jabatan yang berkaitan serta pengawalseliaan rapi ke atas semua kegiatan Organisasi-Organisasi Bukan Kerajaan agar badan-badan ini dapat berkhidmat dengan penuh semangat kesukarelaan selaras dengan hasrat kerajaan untuk membina sebuah masyarakat yang suka membantu dan saling sayang-menyayangi.
  • Memastikan pelaksanaan semua projek pembangunan Jabatan-Jabatan dan agensi Kerajaan di bawah Kementerian berjalan dengan lancar dan disiapkan mengikut jadualnya.

 

 

Kembali