:: Laman Utama
:: Perutusan :: Latar Belakang :: Perkhidmatan : : Carta Fungsi :: Piagam Pelanggan :: Warga Kerja :: Direktori :: Arkib
PERUTUSAN YB MENTERI

 

 

 

 

 

 

 

 

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya, selaku Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah,  mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang dan selamat melayari laman web rasmi Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.

Selaras dengan Visi dan Misi Kementerian ini iaitu mewujudkan masyarakat sejahtera yang dapat menyertai serta menyumbangkan kepada arus pembangunan yang berterusan, serta mewujudkan sebuah masyarakat penyayang, berilmu pengetahuan dan dinamik, adalah diharapkan laman web Kementerian ini dapat memberi maklumat kepada semua pengguna mengenai latarbelakang dan aktiviti-aktiviti di Kementerian ini.

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna  akan sentiasa peka kepada perkembangan-perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi yang secara tidak langsung dapat mempengaruhi cara bermasyarakat dan melaksanakan urusan harian kita. Kemajuan teknologi maklumat terutamanya melalui internet dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk memperolehi maklumat yang diperlukan dengan cepat, disamping dapat memberi cadangan dan maklumbalas yang positif dan membina kepada Kementerian agar tindakan-tindakan susulan dapat diambil dengan segera.

Dengan wujudnya laman web rasmi Kementerian ini, ia menunjukkan usaha dan komitmen pihak pengurusan untuk menyediakan maklumat terkini mengenai aktiviti, fungsi dan perkhidmatan yang disediakan. Sementara itu, maklumat-maklumat yang berkaitan dengan objektif dan fungsi Jabatan-Jabatan di bawahnya juga boleh diperolehi melalui Laman Web ini.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YB. DATUK HAJAH JAINAB DATUK SERI PANGLIMA HJ AHMAD AYID
MENTERI PEMBANGUNAN MASYARKAT DAN HAL EHWAL PENGGUNA SABAH

 

Laman Utama

Hak cipta @2011 Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah.
KPM&HEP adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami oleh pengguna kerana menggunakan maklumat dalam web ini.
Dasar :Keselamatan :Penafian Privasi