Halaman Utama Profil PDKNK KUNAK Aktiviti Projek Pembangunan Galeri Muat Turun
Kunak
Latar Belakang Kunak
Peta Sabah dan Kunak
Kawasan Menarik di Kunak
Senarai Kawasan dan Kampung di Kunak
Direktori Jabatan dan Badan Berkanun di Daerah Kunak
Pautan Intranet
e-Circular
e-Cuti
e-Gazette
e-Izin Keluar Negeri
e-Izin Kursus Insan
e-Izin Seminar
e-Jemputan
e-Pergerakan
e-Prestasi
Exam online
SM2
SM2 (peribadi)
WEBMAIL
Pautan Pilihan
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Laman Rasmi Kerajaan Negeri Sabah
Office Of The Prime Minister of Malaysia - Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Jabatan Pendaftaran Negara
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah
Kementerian Pelajaran Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Komputer Sabah
Kementerian Kewangan Sabah
Institut Integriti Malaysia
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
MSC Malaysia
Institut Tadbiran Awam Negara

 

Latar Belakang Daerah Kunak

Nama pekan Kunak didasarkan kepada nama sebuah kapal yang pernah berlabuh di Teluk Lahad Datu (dahulu dikenali sebagai Darvel Bay). Kapal dalam kelas 5,000 tan tersebut adalah kepunyaan Straits Steamship Company yang dibeli dari sebuah syarikat perkapalan Belanda, KPM pada tahun 1960. Jelaslah bahawa daerah ini diberikan nama Kunak selepas tahun 1960.

Kunak, sebuah pekan kecil yang terletak di pantai timur Sabah telah dibuktikan oleh ahli-ahli arkeologi sebagai daerah tapak kegiatan manusia purba sejak 30,000 tahun sebelum masehi. Kunak merupakan salah satu tempat Pra-Sejarah iaitu Zaman Kewujudan Manusia Pertama di Tingkayu. Hal ini bukan sahaja baru, malahan perkara ini telah tercatit dalam sejarah Malaysia. Dalam suatu tulisan pada buku, South East Asia: From Prehistory to History oleh Glover & Bellwood (2004), telah dinyatakan tentang “sebuah industri peralatan Zaman Batu wujud di kawasan Tingkayu pada Zaman Pleistocene (Zaman Ais Batu)”.

Daerah Kunak meliputi kawasan seluas 438 batu persegi iaitu 1134 km persegi, didiami lebih kurang 60,086 penduduk yang antaranya terdiri dari Bumiputera keturunan Bajau, Bugis, Suluk, Cocos dan kaum-kaum lain. Lebih 95% penduduk daerah Kunak adalah bumiputera beragama Islam. Daerah ini terdiri daripada dua mukim, iaitu Mukim Madai dan Mukim Pangi. Daerah ini terletak pada kedudukan global 4°41’0"N; 118° 15’0"E. Kawasan di bahagian timur Sabah ini telah timbul dari permukaan laut pada zaman Cretaceous (Zaman Batu Kapur - 140 juta hingga 65 juta tahun yang lalu) sedangkan Borneo pada keseluruhannya timbul hanya 15 juta tahun yang lalu. Oleh kerana itulah gumpalan-gumpalan batu kapur yang besar kebanyakannya terdapat di pantai timur Sabah. Satu daripada bentukan seumpamanya ialah Gua Madai di Daerah Kunak.

Kunak merupakan salah satu tempat yang menarik di Negeri Sabah. Apa yang dimaksudkan ialah terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. Antara yang diketahui ialah, Mud Pool (Kolam Lumpur) yang terdapat di Binuang. Selain itu, di Kunak juga terdapat Hot Spring (Kolam Air Panas) yang semulajadi dan sehingga ke hari ini, tempat tersebut sering menjadi kunjungan orang ramai untuk beriadah di waktu cuti. Dahulunya, tempat-tempat ini tidak diberi perhatian yang sepenuhnya, namun kini tempat-tempat ini dijadikan simbolik kepada Daerah Kunak.

Sewaktu perang dunia ke-2 dalam tahun 1940-an, Kunak juga tidak terlepas dari menjadi kubu pihak tentera Jepun dan kesan peninggalan tersebut juga masih boleh ditatap di beberapa kawasan tertentu seperti bangunan Klinik tentera Jepun, Bangkai enjin pesawat pihak bersekutu di muara sungai Sialeong dan kesan-kesan lain kebanyakkannya masih terdapat di dalam ladang-ladang kelapa sawit. Banyak peninggalan tentera Jepun yang masih tertanam utuh dan menjadi bahan kajian ahli arkeologi pada masa kini. Tempat yang dimaksudkan ialah Ladang Mostyn yang kini di bawah pengurusan Sime Darby.

Selain itu, Daerah Kunak merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar. Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar.

 

 

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kunak

Anda adalah Pelawat ke:

Pautan Berita
Berita Harian
Bernama
DailyExpress
Harian Metro
MalaysiaKini
New Straits Times
Sabah Times
Utusan Malaysia
Pautan Bank Online
Affin Bank
Alliance Bank
AmBank
Bank Rakyat
BSN
CIMB
HSBC
Maybank
OCBC
Public Bank
RHB

 

 

 

 

Hakcipta Terpelihara 2011 © Pejabat Daerah Kunak (PDKNK)
Terma dan Syarat  |  Dasar Privasi |  Dasar Keselamatan Penafian
 
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768

Tarikh Kemaskini : 11/08/2011

Pejabat Daerah Kunak, Peti Surat No. 1
91207 Kunak, Sabah, Malaysia
 
No. Tel : 089-852273 / 089-851478 (Operator)
  089-851273 (Peg. Daerah)
No. Faks : 089-851398