P
ejabat Daerah Kuala Penyu menyediakan laman web untuk memberi peluang kepada pelanggan-pelanggan kami dan juga orang awam untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Laman web ini mengandungi beberapa perkara tentang struktur organisasi pejabat, fungsi, pembangunan daerah, pelancongan dan lain-lain.  
        
Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan anda semua agar melayari laman ini. Moga-moga anda akan dapat pengetahuan dan maklumat yang mungkin menarik dan berguna. Pada peringkat awal ini, maklumat yang dipaparkan tidak begitu lengkap. Namun kami akan terus berusaha untuk memperbaiki laman ini dari segi persembahan dan isi kandungan.
 

       Laman web ini juga memaparkan satu aktiviti tahunan peringkat daerah Kuala Penyu iaitu Pesta Rumbia yang dianjurkan sejak 1990. Pesta ini telah dimasukkan dalam kalender pelancongan Sabah dan tarikh penganjuran ditetapkan pada 06, 07 dan 08 Julai pada setiap tahun  mulai 2002.

        Pihak kami mengalu-alukan apa-apa syor dan komen dari anda untuk memperbaiki lagi laman ini. Kami juga akan berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan pejabat daerah melalui laman ini bersesuaian dengan dasar Kerajaan elektronik.
 

        Dalam kesempatan ini saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kakitangan pejabat daerah Kuala Penyu di atas usaha dan komitmen untuk membina laman ini.

Sekian, terima kasih.
 


EDMUND TEO  

Dikemaskini oleh PDKP
Pada 26 / 8 / 2013