Amanah, Jujur Dan Berhemah | Bertanggungjawab | Professional, Cekap Dan Proaktif
Berkerjasama | Berdisplin | Adil, Dan Saksama | Berdedikasi | Inisiatif Dan Inovatif
AMANAH,JUJUR DAN BERHEMAH
  • Sebagai persediaan menghadapi tugasan harian yang dirancang warga PDKP harus memiliki semangat dedikasi dalam menerima tugas dan amanah yang diberikan. Bersikap jujur terhadap kerja, berhemah dalam tindakan dan bijak membuat keputusan.
Keatas
BERTANGGUNGJAWAB
  • Pegawai dan kakitangan yang diamanahkan perlu melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyempurnakannya ketahap kecemerlang.

  • Keatas
PROFESSIONAL, CEKAP DAN PROAKTIF
  • Setiap tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan secara professional, cekap dan proaktif. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan untuk meningkatkan profesionalisma dalam bidang tugas agar lebih cekap dan proaktif.

  • keatas
    BERKERJASAMA
    • Memandangkan hampir semua tugas organisasi memerlukan perlaksanaan secara berkumpulan, maka semangat berkerjasama amat diperlukan. Tugas yang memakan masa yang lama jika dilakukan secara berkerjasama akan dapat dipercepatkan dan menjadi lebih mudah. Sifat berkerjasama juga akan mengeratkan hubungan didalam organisasi dan meningkatkan kualiti dan produktiviti.

    • Keatas
    BERDISPLIN
    • Berdisplin akan dapat mengawal diri seseorang untuk sentiasa berperilaku dan berlandaskan undang-undang, peraturan, prinsip dan nilai murni. Bagi penjawat awam yang berdisplin mereka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan tekun tanpa penyeliaan rapi.

    • Keatas
    ADIL, DAN SAKSAMA
    • Membuat pertimbangan yang adil dan saksama dalam setiap tindakan dan keputusan berasaskan undang-undang, peraturan dan fakta yang lengkap dan tepat

    • Keatas
    BERDEDIKASI
  • Berdedikasi bermaksud bahawa seseorang hendaklah sentiasa menunjukan kesungguhan dalam melaksanakan tugas dan menyempurnakannya ke tahap yang terbaik.
  • INISIATIF DAN INOVATIF
    • Dalam menghadapi cabaran dan hala tuju tugasan harian, setiap warga PDKP harus memiliki daya usaha dan daya pemikiran yang tinggi.

    • Keatas

    Sumber: Pejabat Daerah Kuala Penyu.