Anda sekarang berada di : Laman Utama > Profil Jabatan > Latar Belakang PDLD
PROFIL DAERAH

 

Lahad Datu

Daerah Lahad Datu terletak di tenggara Sabah dan bersempadan dengan daerah Kinabatangan di sebelah Timur Laut manakala Kunak, Semporna dan Tawau di sebelah Selatan.

SEJARAH

Perkataan “Lahad Datu” berasal dari bahasa Bajau, iaitu “Lahad” bererti tempat dan “Datu” membawa makna orang-orang kenamaan pada zaman dahulu. Tempat ini mendapat nama kerana penghijrahan golongan Datu-datu dari kerajaan Suluk yang diketuai oleh Datu Puti sebelum tahun 1879 akibat daripada penyerahan kuasa kawasan ini oleh Sultan Brunei kepada Sultan Suluk.

Bermula pada tahun 1890 penghijrahan kerajaan Suluk mula menguasai sebahagian dari Pulau North Borneo. Mengikut bahasa Idahan pula, iaitu satu kaum peribumi daerah ini, Lahad datu dahulunya diberi nama KERUGAU, yang bererti batu karang bertompok-tompok dimerata pantai bermula dari Kunak hingga ke Membatu, Tungku.

Lahad DatuBentuk geografi semulajadi Teluk Darvel banyak membantu usaha kerajaan dari segi ekonomi di Sabah. Keistimewaannya sebagai pelabuhan yang selamat dari sebarang ancaman bencana alam kerana terlindung oleh Pulau Sakar.  Keluasan daerah ini ialah 6,501 kilometer persegi atau 687,372 hektar meliputi daerah Tungku. Menurut bancian yang dibuat pada tahun 2010 jumlah penduduk daerah Lahad Datu termasuk Tungku ialah 195,865 orang.

Lahad Datu juga terkenal dengan pelbagai adat resam budaya suku kaum yang terdapat di daerah ini, seperti suku kaum Idahan, Dusun Subpan, Dusun Bagahak, Suluk, Bajau, China, Kokos, Iranun, Bugis, Kadazan-Dusun, Timor, Tidong, Jawa, Sungai dan Kagayan. 

Dari segi ekonomi pula, Daerah ini merupakan penyumbang sosia-ekonomi yang terbesar di Sabah untuk jangka masa panjang dengan hasil perladangan yang luas terutamanya dari sumber Kelapa Sawit, dimana adanya pengwujudan POIC yang bertaraf dunia di sini. Sumber pertanian lain yang memberi sumbangan kepada ekonomi daerah ini termasuk Kelapa kering (Kopra), Getah dan koko. 

Dari segi perikanan (hasil laut) seperti  ikan ,udang harimau dan kertas, ketam bakau/ketam kasturi dan rumpai laut juga merupakan salah satu sumber ekonomi di daerah ini.  Kini, daerah Lahad Datu mempunyai dua kawasan tempat perlancongan yang bertaraf dunia iaitu Danum Valley danTabin Wild Life yang sering kali dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara.

   
Lahad Datu menara