|

Selamat Datang

 
  Profil Daerah
   

 

Sejarah

Pelancongan
 

Kemudahan Awam

 

DUN

 

Wakil Rakyat

   
 
 

TEMPAT PELANCONGAN

 

 

Ladang Tea Sabah
 

Dengan ladang yang terbentang luas, dikelilingi oleh hutan hujan semula jadi dan udara dingin pergunungan,  Ladang Teh Sabah menyambut anda dengan keindahan persekitarannya yang jauh daripada hiruk-pikuk kota. Pemanduan selama 2 jam dari Bandar raya Kota Kinabalu dan 30 minit dari kawasan Pekan Ranau Ladang Teh Sabah megah dengan keindahan latar belakangnya iaitu Gunung Kinabalu.

 

Teh Sabah ialah satu-satunya ladang  teh organik  di Borneo dan salah satu daripada  beberapa ladang seumpamanya di dunia. Lawatan  ke ladang teh merupakan satu pengalaman yang memberikan pengetahuan dan menyeronokkan kerana seseorang akan melalui pelbagai aktiviti riadah  seperti menyeberangi  laluan berhalangan di Kawasan Rekreasi Sapaon, meredah  trek laluan ke Bukit Kamunsu atau meredah malam untuk menyaksikan sendiri kehidupan unik serangga.

 

Anda disarankan untuk memilih pakej 2 hari 1 malam,  Cabaran Teh Sabah, yang menyelitkan lawatan ke ladang dan kilang teh, kursus asas kemahiran  kemandirian di hutan,  Mengenali sungai dan kaedah  untuk menyeberangi sungai dengan selamat dan latihan berhalangan.  Pakej ini telah dianugerahi Program Pelancongan Terbaik (Pendidikan) dalam Majlis Anugerah Pelancongan Malaysia di Kuala Lumpur.

 

Pelawat boleh memilih sama ada menginap di rumah panjang tradisional, banglo mewah atau berkhemah di bawah kerdipan bintang malam.  Kemudahan lain yang disediakan termasuklah bilik seminar, restoran, kedai cenderamata, padang bola dan lapangan tenis
Tidak kira sama ada untuk tujuan niaga atau berseronok, Ladang Teh Sabah menantikan  anda dengan jaminan pengalaman yang mencabar dan sukar untuk dilupakan.  Ingatan :  Tidak lengkap lawatan anda ke Ladang Teh Sabah tanpa menghirup teh Sabah yang terbaik!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Polisi Hak Cipta | Penafian | Polisi Privasi
Hakcipta terpelihara 2011 Pejabat Daerah Ranau
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.