|

Selamat Datang

 
  Profil Daerah
   

Sejarah

 

Pelancongan
 

Kemudahan Awam

 

DUN

 

Wakil Rakyat

   
 

 

 

SEJARAH

 
Asal Usul Nama Daerah Ranau
 

Ranau berasal dari perkataan 'RANAHON' yang membawa maksud kawasan SAWAH PADI. Biasanya masyarakat Kadazandusun di Daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka buminya yang berbukit-bukau. Tetapi bagi mereka yang tinggal di Lembah Ranau, mereka mengusahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan 'RANAHON'. Panggilan singkat bagi 'RANAHON' ialah RANAU. Kebetulan kawasan ini telah membangun sebagai pusat pentadbiran daerah dan nama RANAU telah diambil sebagai pengenalan Daerah RANAU.

Latar Belakang Daerah Ranau

Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5 30 U dan 6 25 U dan garisan bujur (Longitude) 116 30 dan 117 5 T dan dikelilingi oleh 7 buah daerah lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Pitas, Kota Merudu dan Beluran. Keluasan Daerah Ranau ialah 3,555.51km persegi.

Ranau merupakan sebuah daerah yang berbukit bukau. Di antara ciri-ciri utamanya ialah anjaran Crocker dan kemuncak Pinousuk di bahagian Utara, Lembah Ranau di Timur dan Banjaran Trus Madi serta Tanah Tinggi Labuk di Selatan. Saliran yang utama ialah Sungai Liwagu. Secara ringkasnya Daerah Ranau adalah berciri undulating (mengalun dan mengombak di tempat-tempat tertentu) dan dataran lembah, tanah beralun dan bergunung ganang di kebanyakan tempat. Ranau beriklimkan cuaca yang lembap dan sejuk.

 

Polisi Hak Cipta | Penafian | Polisi Privasi
Hakcipta terpelihara 2011 Pejabat Daerah Ranau
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.