Lokasi Daerah

Dari segi geografi ,Tambunan terletak di bahagian Pendalaman Sabah. Jarak 80km dari kota kinabalu (Ibu Negeri), jarak di sebelah barat 48km, jarak dari Ranau di sebelah utara,dan jarak 48km dari keningau di selatan.

Lembah ini dikelilingi oleh oleh banjaran gunung. Gunung Kinabalu (4018M) yang agung menjadi satu pemendangan di bahagian utara. Dari segi Budaya, berbagai-bagai mitos dan legenda terutamanya yang berhubung dengan tradisi tradisi lama, adat resam dan asal usul puak-puak dan nama nama tempat di bahagian ini masih ada hingga sekarang. Kisah asal-usul Tambunan adalah satu cerita yang menarik yang diceritakan dari mulut ke mulut daripada satu generasi ke generasi yang lain di kalangan orang Kadazan/Dusun di Tambunan.