Menu Tambahan
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,
Selamat datang ke Laman Web Pejabat Daerah Kecil Tungku. Pejabat Daerah Kecil Tungku mula beroperasi pada 19 Februari 2008 dan berpejabat di Bangunan Urus Setia , Pekan Dengan, Tungku. Sebelum itu, pentadbiran Tungku adalah di bawah perkhidmatan pentadbiran bergerak (MAS) Pejabat Daerah Lahad Datu.
Dengan melayari laman web pejabat ini, kami berharap orang awam akan berpeluang mengetahui fungsi-fungsi pejabat daerah kecil Tungku serta perkembangan semasa daerah ini baik dari segi kemajuan fisikal, sosio-budaya serta aktiviti-aktiviti yang telah dan akan diadakan.
Sebagai Daerah Kecil yang baru, Kami akan berusaha untuk mengemaskini dari masa ke masa maklumat-maklumat laman web ini disamping mempersilakan sebarang komen atau pandangan bagi tujuan penambahbaikan.
Sekian dan terima kasih.
JABLEE JARATUL
Penolong Pegawai Daerah
Daerah Kecil Tungku