JABATAN PERTANIAN SABAH

 

PENGENALAN

 

Malaysian Good Agricultural Practice (myGAP)

 

Satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2002 untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan APB berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. myGAP merupakan penjenamaan semula bagi menggantikan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM). Skim ini dibangun berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities Good Agricultural Practice (GAP).

 

 

OBJEKTIF

 

        Menjadi amalan pengusaha di dalam menjalankan aktiviti di ladang supaya menghasilkan keluaran segar yang lebih berkualiti dan selamat untuk dimakan.

 

 

KELEBIHAN

 

        Menghasilkan produk-produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan.

        Produktiviti pengeluaran meningkat.

        Keselamatan serta kebajikan pekerja ladang terjamin.

        Hasil pertanian mudah dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.

        Memelihara alam sekitar.

        Penggunaan racun makhluk perosak yang kurang.

 

 

KRETERIA PERMOHONAN

 

                                         I.        Kategori pemohon adalah seperti berikut :

a.       Persendirian

b.       Syarikat Swasta

c.       Agensi/Badan Berkanun

 

                                       II.        Permohonan hendaklah memastikan :

a.      Tanah yang diusahakan sah di sisi undang-undang

b.     Ladang telah mula bertanam dan mengeluarkan hasil

c.      Hasil yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk jualan domestic atau eksport.

 

 

PROSEDUR PERMOHONAN

 

                                          I.       Permohonan myGAP hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan myGAP 1-1. Borang boleh didapati di :

a.       Seksyen Pengembangan Pertanian, Tuaran

b.       Pejabat Pertanian Daerah

c.       Portal Rasmi Jabatan Pertanian

 

                                      II.        Borang Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan. Set dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :

a.       Borang Permohonan myGAP 1-1

b.       Salinan Kad Pengenalan / Sijil Pendaftaran SSM yang telah disahkan

c.       Salinan bukti pemilikan tanah seperti geran tanah, surat perjanjian sewah tanah dan surat kebenaran mengusahakan tanah.

 

 

KADAR CAJ PERKHIDMATAN

 

     Penyertaan skim ini adalah secara sukarela dan perkhidmatan diberikan adalah secara PERCUMA.

 

 

KRETERIA PENILAIAN

 

Pemohon mesti lulus ketiga-tiga perkara berikut iaitu

 

     Pemeriksaan Tapak

     Analisis hasil bagi residu racun makhluk perosak, logam berat dan mikrobial

     Audit Amalan Ladang

 

 

PROSES PERSIJILAN

 

         Sila rujuk Carta Alir Pensijilan myGAP

         Tempoh kelulusan pensijilan adalah dalam tempoh 6 hingga 24 bulan

 

AUDIT

 

Pra-Audit

 

         Dijalankan bagi memastikan pengusaha mengamalkan amalan pertanian baik dan memenuhi keperluan pensijilan myGAP.

         Pegawai pra-audit terdiri daripada Pegawai Jabatan Pertanian peringkat Daerah.

         Pegawai Jabatan Pertanian peringkat Daerah akan mengambil sampel hasil untuk tujuan analisis residu racun makhluk perosak, logam berat dan mikrobial.

 

Audit Susulan

 

        Audit luar dijalankan bagi mengenalpasti pengusaha mengamalkan dan mematuhi amalan pertanian baik berdasarkan standard yang telah ditetapkan dan seterusnya mengesyorkan untuk dipersijilkan.

          Pengauditan dilaksanakan oleh Pegawai Jabatan Pertanian (Teknikal) yang telah dilantik oleh Ketua Pengarah Pertanian.

 

 

TEMPOH SAH LAKU

 

Tempoh sahlaku pensijilan myGAP adalah selama dua (2) tahun

 

 

PEMANTAUAN

 

Pemantauan berkala akan dijalankan sekurang-kurangnya satu tahun sekali oleh pihak Jabatan Pertanian

 

 

PEMBAHARUAN

 

          Permohonan pembaharuan perlu dikemukakan dalam tempoh enam bulan sebelum tamat tarikh sah laku.

          Pembaharuan sijil akan dikeluarkan sekiranya ladang masih mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

 

 

PEMBATALAN SIJIL

 

Pengiktirafan myGAP boleh ditarik balik atas sebab seperti berikut :

          Tidak memperbaharui sijil setelah tamat tempoh.

          Jika dalam tempoh tersebut ladang itu didapati gagal mematuhi syarat- syarat yang ditetapkan.

          Menyalahgunakan sijil dan logo myGAP dalam apa jua cara.

 

SENARAI PENERIMAAN SIJIL

 

 

PERTANYAAN

 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi :

 

Urusetia

Seksyen Pengembangan Pertanian (S2P)

Peti Surat 582,

89208 TUARAN

 

No. Tel : 088-787645

No. Faks : 088-788135

Email : MohdNazih.Kaliwon@sabah.gov.my