JABATAN PERTANIAN SABAH

 

PENGENALAN

 

Malaysian Organic (myOrganic)

 

Skim Pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian dalam memberi pengiktirafan kepada ladang yang diusahakan secara organik berpandukan Malaysian Standard MS 1529:2015 Plant-based organically produced foods-requirements for production, processing, handling, labelling and marketing (First Revision). Skim ini dahulunya dikenali dengan ringkas SOM dan kini di jenamakan semula kepada myOrganic.

 

 

OBJEKTIF

 

        Menjadi amalan pengusaha di dalam menjalankan aktiviti di ladang supaya menghasilkan keluaran organik yang lebih berkualiti dan selamat untuk dimakan.

 

 

KELEBIHAN

 

        Menghasilkan produk-produk pertanian yang dijamin berkualiti dan selamat dimakan (bebas daripada racun makhluk perosak dan logam berat).

        Memelihara alam sekitar.

        Keselamatan serta kebajikan pekerja ladang terjamin.

        Meningkatkan produktiviti pengeluaran.

        Hasil pertanian mudah dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.

 

KRETERIA PERMOHONAN

 

                                         I.        Kategori pemohon adalah seperti berikut :

a.      Persendirian

b.     Syarikat Swasta

c.      Agensi/Badan Berkanun

 

                                       II.        Permohonan hendaklah memastikan :

a.        Tanah yang diusahakan sah di sisi undang-undang

b.       Ladang telah mula bertanam dan mengeluarkan hasil

c.        Hasil yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk jualan domestic atau eksport.

 

 

 

PROSEDUR PERMOHONAN

 

                                        I.        Permohonan myOrganic hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan myOrganic 1-1. Borang boleh didapati di :

a.        Seksyen Pengembangan Pertanian, Tuaran

b.       Pejabat Pertanian Daerah

c.        Portal Rasmi Jabatan Pertanian

 

                                      II.        Borang Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan. Set dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :

a.        Borang Permohonan myOrganic 1-1

b.       Salinan Kad Pengenalan / Sijil Pendaftaran SSM yang telah disahkan

c.        Salinan bukti pemilikan tanah seperti geran tanah, surat perjanjian sewah tanah dan surat kebenaran mengusahakan tanah.

 

 

KADAR CAJ PERKHIDMATAN

 

       Penyertaan skim ini adalah secara sukarela dan perkhidmatan diberikan adalah secara PERCUMA.

 

 

KRETERIA PENILAIAN

 

Pemohon mesti lulus ketiga-tiga perkara berikut iaitu

 

         Pemeriksaan Tapak

         Analisis hasil bagi residu racun makhluk perosak, logam berat dan mikrobial

         Audit Amalan Ladang

 

 

PROSES PERSIJILAN

 

       Sila rujuk Carta Alir Pensijilan myOrganic

       Tempoh kelulusan pensijilan adalah dalam tempoh 24 bulan

 

AUDIT

 

Pra-Audit

 

         Dijalankan bagi memastikan pengusaha mengamalkan perladangan organik.

         Pegawai pra-audit terdiri daripada Pegawai Jabatan Pertanian peringkat Daerah.

         Pegawai Jabatan Pertanian peringkat Daerah akan mengambil sampel hasil untuk tujuan analisis residu racun makhluk perosak, logam berat dan mikrobial.

 

Audit Susulan

 

          Audit luar dijalankan bagi mengenalpasti pengusaha mengamalkan dan mematuhi amalan perladangan organik berdasarkan standard yang telah ditetapkan dan seterusnya mengesyorkan untuk dipersijilkan.

          Pengauditan dilaksanakan oleh Pegawai Jabatan Pertanian (Teknikal) yang telah dilantik oleh Pengarah Pertanian Sabah.

 

 

 

TEMPOH SAH LAKU

 

Tempoh sahlaku pensijilan myOrganic adalah selama satu (1) tahun

 

 

PEMANTAUAN

 

Pemantauan berkala akan dijalankan sekurang-kurangnya enam bulan sekali oleh pihak Jabatan Pertanian.

 

 

PEMBAHARUAN

 

          Permohonan pembaharuan perlu dikemukakan dalam tempoh enam bulan sebelum tamat tarikh sah laku.

          Pembaharuan sijil akan dikeluarkan sekiranya ladang masih mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

 

 

PEMBATALAN SIJIL

 

Pengiktirafan myOrganic boleh ditarik balik atas sebab seperti berikut :

 

          Tidak memperbaharui sijil setelah tamat tempoh.

          Jika dalam tempoh tersebut ladang itu didapati gagal mematuhi syarat- syarat yang ditetapkan.

          Menyalahgunakan sijil dan logo myOrganic dalam apa jua cara.

 

 

SENARAI PENERIMAAN SIJIL

 

 

PERTANYAAN

 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi :

 

Urusetia

Seksyen Pengembangan Pertanian (S2P)

Peti Surat 582,

89208 TUARAN

 

 

No. Tel : 088-787645

No. Faks : 088-788135

Email : MohdNazih.Kaliwon@sabah.gov.my